CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Timang Anak Lelaki, Ariff Bahran Takut Nak Masuk Bilik Bersalin Teman Isteri

23-6-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1860| Komen: 17

Description: Teruja bakal menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada Julai depan, penyanyi Ariff Bahran turut mengakui gementar untuk berada di bilik bersalin menemani isterinya iaitu Amirah Syazwani Ridzwan.
Teruja bakal menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada Julai depan, penyanyi Ariff Bahran turut mengakui gementar untuk berada di bilik bersalin menemani isterinya iaitu Amirah Syazwani Ridzwan.


Menurut Bahran, 24, proses untuk bergelar bapa ini juga membuatkannya sentiasa berfikir tentang kehidupan dan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas anak itu dilahirkan nanti.

Foto: IG

"Semakin dekat menjelang hari kelahiran anak ini, saya jadi semakin berdebar sebab saya sendiri yang akan menyaksikan proses kelahiran di dewan bersalin dan azankan bayi kami nanti.

"Bakal bergelar seorang bapa membuatkan saya lebih banyak berfikir tentang kehidupan yang akan ditempuhi. Ini semua adalah satu tanggungjawab dan saya amat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan tuhan ini,” katanya kepada mStar.




Sebelum ini, Bahran dan isterinya memuat naik video di laman Instagram berkongsi berita gembira bakal menimang anak lelaki.

Sementara itu, Bahran berkata sebagai anak sulung daripada tujuh beradik, dia sudah terbiasa menjaga adik-adiknya dan tidak ada masalah untuk menguruskan anaknya itu nanti.



"Saya anak sulung dalam tujuh orang adik-beradik lelaki. Dah biasa menjaga mereka, jadi tiada masalah untuk jaga anak ini nanti.

"Rasanya anak kami nanti akan lebih disayangi oleh datuk dan nenek mereka kerana ini merupakan cucu pertama bagi kedua-dua belah pihak.

"Saya banyak bertanya kepada ibu bapa tentang persediaan menjadi ayah. Banyak juga ilmu yang diturunkan. Selain itu saya sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan," ujarnya.



Sementara itu berkongsi tentang pilihan nama anak mereka, Bahran berkata dia menyerahkan kepada isteri untuk membuat keputusan dan mereka bersedia untuk berkongsi gambar anak selepas bersalin.

"Memanglah saya sudah ada senarai nama anak, cuma saya biarkan isteri untuk buat keputusan memilih.

"Selepas dilahirkan nanti kami akan kongsikan nama serta wajah anak kepada peminat," jelasnya.



Untuk rekod Bahran dan isteri mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 23-6-2022 12:03 PM
sape niiii
Quote AshkieLa 23-6-2022 12:19 PM
aritu bersenggama lepas dalam..
takut tak? yihhhhh
Quote auntyonion 23-6-2022 12:32 PM
Kejap sape ni weiii nyanyi lagu apa
Quote bedahmenjuyah 23-6-2022 12:50 PM
Aku baru nak tanya sapa plak ni
Quote dekmieDandy 23-6-2022 12:52 PM
kesianya orang tanya ni sape

dia alumni Big Stage, katanya ex Sarah Suhairi
Quote Fly_over 23-6-2022 12:54 PM
uhukkk sapa ni? ingatkan tered laki zizi kirana td…
Quote bulalof 23-6-2022 04:23 PM
entah siapa2 la ko ni...........
Quote Imkhai 23-6-2022 06:58 PM
Fly_over replied at 23-6-2022 12:54 PM
uhukkk sapa ni? ingatkan tered laki zizi kirana td…

Si zizi x mngndung plk ye laki si zizi pnya la macho nmpk mcm diaorg subur je tp tula kn blm rezeki tuhan nk bg
Quote imanjannah 23-6-2022 07:04 PM
siapa pulak ni moga selamat bersalin la Bininya walaupun iols x kenal ko dik
Quote Fly_over 23-6-2022 07:37 PM
Imkhai replied at 23-6-2022 06:58 PM
Si zizi x mngndung plk ye laki si zizi pnya la macho nmpk mcm diaorg subur je tp tula kn blm rezek ...

plan kot. retis selalu kalau yg plan setahun dua gitu hanimun.
Quote cicicumel 23-6-2022 07:40 PM
One hit wonder. Lps tu terus sendu
Quote hanihan16 23-6-2022 09:08 PM
lah.. baru 24 rupanya. i mati2 ingatkan dah late 20s or early 30s budak ni
Quote supernaturalee 24-6-2022 04:57 AM
Xtau pun dh kawen
Muda sgt la dek
Dh jodoh kan


Btw p suk selangor buat ape
Show ke interview kje
Elok le kje gomen
Menten income ????
Quote Suchi 24-6-2022 05:51 AM
Imkhai replied at 23-6-2022 06:58 PM
Si zizi x mngndung plk ye laki si zizi pnya la macho nmpk mcm diaorg subur je tp tula kn blm rezek ...

Macho tak menjamin kesuburan sis huhu
Quote cheezel 24-6-2022 05:53 AM
Kau ni nyanyi lagu apa? Likes banyak gk
Quote Lily_Elizabeth_ 24-6-2022 10:44 PM
Imkhai replied at 23-6-2022 06:58 PM
Si zizi x mngndung plk ye laki si zizi pnya la macho nmpk mcm diaorg subur je tp tula kn blm rezek ...

Zizi tu dah byk umur.
Quote Incanto 24-6-2022 11:42 PM
laaaa..budak ni dah kawin?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049382 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top