NIBONG TEBAL - Pelajar sekolah adalah antara 17 lelaki yang berjaya diberkas polis kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah yang dilapor menjadi - jadi di sekitar daerah Seberang Perai Selatan kebelakangan ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata mereka yang berusia 15 hingga 30 tahun itu merupakan anggota tiga kumpulan pecah rumah dikenali 'Geng Belalang', 'Geng Amirul' dan 'Geng Simpang Ampat. "Kebanyakan anggota kumpulan tersebut adalah pelajar sekolah dan baru hendak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Menurutnya kesemua mereka diberkas dalam beberapa serbuan sejak awal bulan ini hasil risikan pasukan petugas khas yang ditubuhkan dua bulan lalu bagi membanteras kegiatan pecah rumah di sekitar daerah berkenaan. "Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes, yang mana lima kes dilaporkan di Sungai Bakap, Simpang Ampat (tiga kes) dan Nibong Tebal (lima kes)," katanya. Menurutnya polis juga memberkas 10 lagi individu termasuk pelajar sekolah kerana membeli barangan hasil pecah rumah kumpulan terbabit. Shafien berkata polis juga menemui semula sebahagian barangan yang dicuri tiga kumpulan itu dengan anggaran nilai RM70,000. "Mereka ini ambil apa sahaja barang yang mereka nampak termasuk patung, kereta mainan dan tilam," katanya. Menurut Shafien, modus operandi tiga kumpulan terbabit hampir sama iaitu mengumpil pintu dan memanjat bumbung serta menyasarkan rumah tiada penghuni.
Hasil ujian air kencing mendapati 11 daripada suspek positif dadah jenis syabu, |
ADVERTISEMENT