CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2011|Reply: 5

[Tempatan] Pelajar sekolah terbabit aktiviti pecah rumah

[Copy link]
Post time 21-6-2013 10:44 AM | Show all posts |Read mode


NIBONG TEBAL - Pelajar sekolah adalah antara 17 lelaki yang berjaya diberkas polis kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah yang dilapor menjadi - jadi di sekitar daerah Seberang Perai Selatan kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata mereka yang berusia 15 hingga 30 tahun itu merupakan anggota tiga kumpulan pecah rumah dikenali 'Geng Belalang', 'Geng Amirul' dan 'Geng Simpang Ampat.

"Kebanyakan anggota kumpulan tersebut adalah pelajar sekolah dan baru hendak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.   

Menurutnya kesemua mereka diberkas dalam beberapa serbuan sejak awal bulan ini hasil risikan pasukan petugas khas yang ditubuhkan dua bulan lalu bagi membanteras kegiatan pecah rumah di sekitar daerah berkenaan.

"Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya dapat menyelesaikan 13  kes, yang mana lima kes dilaporkan di Sungai Bakap, Simpang Ampat (tiga kes) dan Nibong Tebal (lima kes)," katanya.

Menurutnya polis juga memberkas 10 lagi individu termasuk pelajar sekolah kerana membeli barangan hasil pecah rumah kumpulan terbabit.

Shafien berkata polis juga menemui semula sebahagian barangan yang dicuri tiga kumpulan itu dengan anggaran nilai RM70,000.

"Mereka ini ambil apa sahaja barang yang mereka nampak termasuk patung, kereta mainan dan tilam," katanya.

Menurut Shafien, modus operandi tiga kumpulan terbabit hampir sama iaitu mengumpil pintu dan memanjat bumbung serta menyasarkan rumah tiada penghuni.
Hasil ujian air kencing mendapati 11 daripada suspek positif dadah jenis syabu,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 10:47 AM | Show all posts
budak skng ni mmg setan. libat n dadah plk tuh! pecah rumah org.. kasi pecah la muka dia (alibaba bujang lapok)
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 11:40 AM | Show all posts
slalunye bebudak ni mat rempit in the making
or more accurate, banduan in the making
mak bapak diaorg must be so proud didikan mereka berjaya melentur anak mereka menjadi penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 12:02 PM | Show all posts
Aktiviti KOKUM tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 12:05 PM | Show all posts
apa laa nak jd budak2 skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 04:22 PM | Show all posts
muka dah la mcm pecah rumah mmg sesuai la buat aktiviti camni kan.... bodoh xde kerja !! memalukan. satu tmpt dgn aku ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045322 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list