"Segan pula nak cerita pasal kahwin. Lebih baik saya minta orang doakan semoga dialah jodoh saya," katanya yang sudah tiga tahun 'berkawan' dengan wanita yang menetap di Perlis itu.
Mengulas hubungannya dengan wanita terbabit, kata Johan, kedua-dua mereka terbuka bercakap mengenai teman hidup. "Kami tak macam orang lain yang berkawan, juga tak mesra macam pasangan bercinta lain. Tetapi, masing-masing sudah matang berfikir sekiranya jodoh itu sampai maka kita kahwin.
"Kami tak selalu dating dan dia pun tak mendesak. Dia ada cakap, kalau saya jumpa orang lain dan itulah jodoh... kahwinlah. Dan begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda," katanya. Sebelum ini, Johan dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan berasal dari Perlis. Hubungan yang terjalin itu juga turut direstui keluarga. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|