Oleh Adib Za Anak dara zaman ini, bukannya sama seperti mereka zaman dahulu. Bijak memasak, uruskan hal rumah dan sebagainya.
Sebagai ibu, bagaimana caranya mengajak anak dara untuk turun ke dapur? Liatnya bukan main, hanya tahu bergodek dengan telefon pintar dan menonton rancangan Korea sahaja!
(Sumber foto: mybergen)
1. Jangan larang anak-anak ke dapur. Masa inilah minat mereka baru bercambah dan ingin dipupuk.
2. Mulakan dengan perkara mudah seperti mencuci pinggan, mengupas bawang, menanak nasi dan sebagainya.
(Sumber foto: Dreamstime)
3. Lakukan dengan seronok. Ajarkan resipi-resipi mudah. Sediakan resipi dalam buku atau tampal di dapur. Pasti menyeronokkan.
4. Mula 'order' minuman tertentu daripada anak-anak seperti jus oren, teh o ais dan sebagainya. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|