Oleh Adib Za Bagi anda yang ingin menjalinkan hubungan cinta dengan mereka yang bergelar ibu atau bapa tunggal, bukan sahaja perlu memikirkan tentang pasangan anda, malah peranan anda yang bakal memiliki anak tiri!
Ahh!! Tak sanggup memiliki anak tiri secepat ini? Masih belum bersedia menjadi ibu atau bapa tiri?
(Sumber foto: CNN)
Lihat tip yang dikutip dari Huffington Post ini untuk menjadi ibu atau bapa tiri yang baik.
1. Urusan anak tiri bakal menjadi nombor satu dalam perhubungan anda. Hendak atau tidak, terimalah seadanya anak tiri anda!
2. Terima jika pasangan sedang sibuk menguruskan anaknya.
3. Jangan berasa cemburu dengan anak tiri!
(Sumber foto: ymchacichago)
4. Jadilah dewasa, jangan bersaing dengan anak tiri untuk mendapatkan perhatian pasangan anda.
5. Cintailah anak tiri anda sebagaimana anda mencintai pasangan anda.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|