Pengarah sebuah syarikat pembangunan hartanah direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Lelaki tersebut adalah individu pertama yang diberkas pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai tuduhan melibatkan 1MDB. Perintah reman ke atas lelaki berumur 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret semalam. Suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Isnin lalu sejurus melakukan urusan daftar masuk sebelum berlepas ke Taiwan atas urusan peribadi. Suspek dipercayai diberkas selepas pihak berkuasa mendapati syarikat pembinaan yang disertainya mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn. Bhd. yang sedang disiasat bersama dua syarikat lain iaitu Gandi-ngan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. berhubung isu 1MDB.
Penahanan dilakukan berikutan siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada SRC International Sdn. Bhd. dan suspek diyakini dapat membantu siasatan yang dijalankan. Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dalam pada itu, peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili suspek menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak diberitahu maklumat lanjut mengenai penahanan tersebut. sumber : http://www.bernama.com/ |
32
Bagus |
30
Marah |
22
Terkejut |
33
Sedih |
37
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT