CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Elakkan Bermaaf-Maafan Hanya Di Laman Sosial

16-7-2015 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9306| Komen: 23|Original author: CARI-SFG

Oleh Fyruz Hanna

Hari-Raya-Haji-Forgiveness.jpg
sumber: google images

TAK mudah kita mahu meninggalkan media sosial yang menjadi peranan paling besar dalam kehidupan kita kini. Nak atau tidak, penggunaan media sosial kita gunakan untuk menyampaikan apa sahaja maklumat dan juga menjadi hab perkongsian maklumat kenalan dan juga orang ramai.


Hari ini, merupakan hari terakhir kita berpuasa dan bermula esok seluruh umat Islam di Malaysia akan bersama-sama menyambut kemenangan. 

Bagi anak-anak muda dan remaja, pastinya mereka ternanti-nanti saat untuk mengenakan pakaian baru, selfie raya, pose dengan pelbagai gaya.... dan paling penting dimuatnaik ke laman sosial seperti Facebook,Instagram mahupun Whatsapp dengan hashtag yang menunjukkan kemeriahan hari raya yang disambut.

Dan tak keterlaluan pula, bermula esok, ruangan newsfeed di Fb pasti dibanjiri dengan sesi bermaaf-maafan dan kata-kata maaf pasti terpapar diskrin tatkala kita menekan 'recent activity'. 

Namun adakah ia mecerminkan nikmat sebenar beraya?

raya.jpg

Aidilfitri sebenarnya satu anugerah dari Allah swt kepada umat islam setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa. Aidilfitri juga yang dikenali sebagai perayaan fitrah di Arab membawa maksud kejernihan hati selepas sebulan membersihkan daripada dosa.

Mengapa perlu kita sia-siakan ganjaran tersebut?

ketupat-deco-hari-raya-624x246.jpg

Pastinya, jika kita ikhlas untuk bermaaf-maafaan, janganlah kita hanya tunjukkan kemaafkan sekadar hanya di FB atau instagram. Ziarah-menziarahilah sesama kita agar amalan ini kekal mulia dan terpelihara.

Dengan meminta maaf secara zahir, pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang tidak dirasakan apabila kita hanya menaip di FB. Bahkan, dengan bersalam sesama kita dan ikhlas meminta maaf, kita dapat rasakan aura keikhlasan mengalir bukan daripada si pemaaf namun pada si penerima.

Yang penting bukanlah sekadar text dengan ucapan maaf itu, tetapi keikhlasan dan ketulusan dalam ucapan maaf itu.


Media sosial ini sekadar penghubung kepada kenalan dan rakan yang jauh terpisah supaya kita kekal berhubung dan masih utuh silaturrahim. Jangan pula jadikan media sosial penyebab kita dilihat 'cacat' untuk menghayati erti sebenar 1 Syawal.

Jangan sampai, jiran sebelah rumah kita sekadar menghantar 'text' ucapan maaf. Nampak cacat kemeriahan raya disitu.

Akhir kata, penulis mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf setulus ikhlas. -CARI Infonet.






11

Bagus
9

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 16-7-2015 12:43 PM
okies.

selamat hari raya gak tt
Quote CARI-SFG 16-7-2015 12:47 PM
bellaa replied at 16-7-2015 12:43 PM
okies.

selamat hari raya gak tt

selamat hari raya....

ucapan dari office...
Quote ultra78 16-7-2015 12:59 PM
Salam kosong-kosong

Quote revolusi_30 16-7-2015 01:01 PM
Jadi Islam tolak kemajuan gitu cari repoter ..?

Senduuuu !!!
Quote CARI-SFG 16-7-2015 01:05 PM

Salam kosong-kosong
Quote CARI-SFG 16-7-2015 01:09 PM
revolusi_30 replied at 16-7-2015 01:01 PM
Jadi Islam tolak kemajuan gitu cari repoter ..?

Senduuuu !!!

Tidak lah saya kata begitu.. cumanya dalam kita berevolusi dengan kemajuan.. jangan kita tinggal terus amalan lama.. sebagai contoh amalan ziarah-menziarahi.. jadikan media sosial sebagai bantuan berhubung antara kita untuk mereka yang jauh.. dan bukan sebagai alat penting dalam perhubungan..

Apa pun selamat hari raya... maaf zahir dan batin... ikhlas dari tt.



Quote bellaa 16-7-2015 01:13 PM
CARI-SFG replied at 16-7-2015 12:47 PM
selamat hari raya....

ucapan dari office...

bella pon kat opis le nih

bagi peluang kat staff yg dah bernikah balik kg awal
Quote revolusi_30 16-7-2015 01:16 PM
CARI-SFG replied at 16-7-2015 01:09 PM
Tidak lah saya kata begitu.. cumanya dalam kita berevolusi dengan kemajuan.. jangan kita tinggal t ...

Wow,,, repoter reply akak punya post... Sis, bukalah or cari la isu yg menjana minda sikit, jgn isu2 yg sendu jah.

Quote ultra78 16-7-2015 01:18 PM
bellaa replied at 16-7-2015 01:13 PM
bella pon kat opis le nih

bagi peluang kat staff yg dah bernikah balik kg awal

bella belum bernikah ke?
Quote miabebe 16-7-2015 01:22 PM
Selamat hari raya jugaaaaaa...maap salah silap kata..terkasar tergediks tergatai selama miabebe berporem...kihkihkih
Quote bellaa 16-7-2015 01:22 PM
ultra78 replied at 16-7-2015 01:18 PM
bella belum bernikah ke?

belom
Quote bellaa 16-7-2015 01:23 PM
miabebe replied at 16-7-2015 01:22 PM
Selamat hari raya jugaaaaaa...maap salah silap kata..terkasar tergediks tergatai selama miabebe berp ...

esok tukar avvy pe?
Quote miabebe 16-7-2015 01:25 PM
bellaa replied at 16-7-2015 01:23 PM
esok tukar avvy pe?


Uiks nk tuko avvy ka bella??? Mia nk tuko picca mia lah utk 1 hari..exclusive ari raya...kihkihkih...
Quote bellaa 16-7-2015 01:30 PM
miabebe replied at 16-7-2015 01:25 PM
Uiks nk tuko avvy ka bella??? Mia nk tuko picca mia lah utk 1 hari..exclusive ari raya...kihkihk ...

esok setan dah keluar.

sat lagi dihencap oleh set2 ustajah / setad jadian
Quote miabebe 16-7-2015 01:31 PM
bellaa replied at 16-7-2015 01:30 PM
esok setan dah keluar.

sat lagi dihencap oleh set2 ustajah / setad jadian

Bhahhahaha..

Betoi gak tu..kensel2...kihkihkih...
Quote giyomi 16-7-2015 08:32 PM
Di kesempatan ni, nak salam tangan tak sampai, jadi mak mintak maaf kat poremer2 Cari jika terkasar bahasa. Samada suka atau tak, fahami lah sesungguhnya...ada mak kesah janji ianya luahan rasa diri sendiri dan tidak dari pihak ketiga yg msh idup atau dah arwah.
Quote GhostWalking 16-7-2015 09:58 PM
Selamat Hari Raya tt dan semuaaaa.muahhsss
Quote katewilma 17-7-2015 12:14 AM
Selamat hri raya tt.. 0-0.. selamat hr raya cume forumer..
Quote Mary_jane 17-7-2015 02:16 AM
Ok lah tu pesanan maaf dikejauhan andai tidak berkesempatan untuk berjumpa. Even ucapan itu copy & paste sajok.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.835827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top