Beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air antara 27 hingga 30 Julai ini.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, gangguan pada 27 Julai ini mulai pukul 9 malam hingga 9 pagi keesokannya melibatkan kawasan di Klang berikutan kerja-kerja pengalihan paip bersaiz 600milimeter jenis 'mild steel'.
Antara kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan Pelabuhan Klang, flat Jalan Sultan Abdul Samad dan seluruh kawasan Pelabuhan Klang Utara.
Turut terlibat adalah seluruh kawasan Tanjung Harapan, seluruh kawasan Sultan Hishamudin, Kampung Sungai Sireh dan Flat Seri Perantau.
Gangguan bekalan air sementara pada 28 Julai ini mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi keesokannya pula melibatkan kawasan Wilayah Petaling di seluruh Seksyen 20, Petaling Jaya; seluruh SS4, Petaling Jaya dan seluruh SS1, Petaling Jaya.
Sumber - BERNAMA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|