CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 10

[Tempatan] Gangguan bekalan air di Selangor antara 27 hingga 30 Julai

[Copy link]
Post time 15-7-2015 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di Selangor antara 27 hingga 30 JulaiBernama | Diterbitkan pada: Julai 15, 2015 00:39 MYT                    
                                                                                                                                                




                                             Beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air antara 27 hingga 30 Julai ini. -Gambar hiasan

                                                     
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.                              


SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air antara 27 hingga 30 Julai ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan pada 27 Julai mulai pukul 9 malam hingga 9 pagi keesokannya melibatkan kawasan di Klang berikutan kerja-kerja pengalihan paip bersaiz 600mm jenis 'mild steel'.

Antara kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan Pelabuhan Klang, flat Jalan Sultan Abdul Samad dan seluruh kawasan Pelabuhan Klang Utara.

Turut terlibat adalah seluruh kawasan Tanjung Harapan, seluruh kawasan Sultan Hishamudin, Kampung Sungai Sireh dan Flat Seri Perantau.

Gangguan bekalan air sementara pada 28 Julai mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi keesokannya pula melibatkan kawasan Wilayah Petaling di seluruh Seksyen 20, Petaling Jaya; seluruh SS4, Petaling Jaya dan seluruh SS1, Petaling Jaya.
   
Turut terlibat ialah kawasan di Jalan 21/1 hingga Jalan 21/37, SS2 dan SS3/59 (A hingga E) serta SS3, Petaling Jaya.

"Gangguan air di Wilayah Petaling adalah disebabkan kerja-kerja penggantian injap 350mm dan kerja-kerja berkaitan berhampiran kolam air Seapark," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, gangguan bekalan air sementara pada 29 Julai mulai pukul 9 malam hingga 8 pagi keesokannya turut melibatkan kawasan Wilayah Petaling di Kampung Merbau Sempak, Shah Alam; Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh; Paya Jaras, Sungai Buloh; Sungai Plong; Penjara Sungai Buloh; Bandar Baru Sungai Buloh; dan Subang Hijauan U5, Shah Alam.

Gangguan air di kawasan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan 'Tee Off' dan 'In-Line Valve' pada empat unit paip sedia ada bersaiz 300mm diameter dan satu unit paip bersaiz 150mm diameter di Jalan Kuala Selangor (FT54), Paya Jaras.

Sehubungan itu, Syabas meminta pengguna di kawasan terlibat membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan itu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-bekalan-air-di-selangor-antara-27-hingga-30-julai-65845



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita gumbira buat tibi3 utuseks dan sewaktu dengannya. Boleh la jaja berita selangor xde aor lgi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 09:22 AM | Show all posts
pakat sambung cuti raya bagi lama ckit la yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 09:24 AM | Show all posts
terbaik,.....bekalan air di selangor memang mencukupi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 09:29 AM | Show all posts
area sg buloh pung kena. leceh nye. tapi sib baik lepas minggu raya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 09:58 AM | Show all posts
standard lah tu.....selangor dengan masalah air pprt berpisah tiada....bukti kerajaan negeri yg cekap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2015 10:54 AM | Show all posts
aduyai... harap aku teringat nak simpan air nnti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 11:14 AM | Show all posts
gangguan sebab naik taraf / tukar paip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 11:27 AM | Show all posts
Hidup Najib Razak!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
usj n sbgjaya x kene eh..selamat..nnti jgn kena time org buat open house dh blk kl sudeyy..ssh nnti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat johor kg aku kerap xda air..xmasuk pun berita.berita??
Tensen lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046928 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list