Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada jam 5 petang kemarin. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers. sumber foto : www.malaysiakini.com Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru. "Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. "Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan,"
Berikut kenyataan penuh dikeluarkan: Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi. |
11
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
19
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT