Susulan krisis 1MDB yang semakin hangat diperkatakan di kalangan masyarakat, pada masa yang sama tekanan yang dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tinggi, baru-baru ini tersebar berita di mana kabinet akan dirombak dalam masa terdekat ini. Menurut akhbar rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, hari ini memaparkan sebuah artikel yang ditulis oleh Awang Selamat mengatakan rombakan kabinet akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. "Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif. Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua anggota Kabinetnya. "
"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis." Awang Selamat turut menyebut dalam artikelnya bahawa ini jelas membuktikan Datuk Seri Najib mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Jadi tidak dapat dinafikan hasil rombakan kabinet tersebut mampu mewujudkan perubahan drastik malah ada juga kemungkinan besar memberi kejutan lebih besar. Awang Selamat turut menyebut bebarapa nama menteri yang mungkin akan ditukar potfolio, antaranya termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini pernah menyeru pihak kerajaan segerakan siasatan ke atas isu 1MDB supaya kewibawaan kerajaan tidak terjejas. Dalam pada itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Rahman Dahlan pula akan ditukar potfolio kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sementara Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain. Selain itu, jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, G. Palanivel berkemungkinan akan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Awang Selamat turut mengatakan, rombakan kabinet kali ini dijangka akan wujud dua muka baharu untuk jawatan timbalan menteri. - CARI Infonet |
11
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT