Sarapan pagi sememangnya sebati dengan masyarakat Malaysia, malahan ia menjadi rutin dalam kehidupan seharian sehingga adakalanya pesakit kencing manis lupa ada beberapa jenis makanan perlu mereka elak. Menurut mStar, ini adalah lima jenis sarapan pagi yang perlu dielakkan pesakit kencing manis.
Roti bukan dari sumber gandum, nasi dan pasta adalah makanan berkarbohidrat tinggi dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ia perlu dielakkan penghidap diabetes tahap satu atau tahap dua. Menurut Heathline, walaupun pasta bebas dari sumber gluten, ia tidak mengatakan bahawa makanan itu bebas gula. Bukan setakat meningkatkan gula dalam darah, tetapi makanan berkarbohidrat tinggi boleh mengurangkan fungsi otak pada penghidap diabetes tahap 2. Pesakit kencing manis dinasihatkan supaya menggantikannya dengan makanan yang tinggi serat di samping dapat memperlahankan penyerapan gula ke dalam aliran darah.
Pengambilan bijirin manis untuk sarapan pagi boleh memberi kesan buruk untuk pesakit kencing manis. Walaupun ada sebilangan produk bijirin mempunyai slogan "sihat", itu bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes. Untuk mengatasi rasa lapar, tetapi masih mengekalkan paras gula dalam darah, penghidap diabetes dinasihatkan untuk mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan kaya dengan protein.
Yogurt mempunyai banyak jenis, tetapi yogurt berperisa buah-buahan bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes. Dibuat daripada susu rendah lemak dan serat, yogurt buah biasanya dicampur dengan karbohidrat dan gula. Ini boleh meningkatkan gula darah dan insulin dalam badan. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil yogurt tanpa gula atau perisa ataupun ambil yogurt kosong sahaja.
Kandungan gula dalam jus buah adalah amat tinggi. Jus minuman tanpa gula memang tiada rasa, oleh itu ramai orang menambah gula sebagai penambah rasa tanpa mengambil kira hal buruk mungkin berlaku. Oleh sebab itu, jus buah pada waktu sarapan pagi perlu dielakkan, sebaliknya pesakit boleh mencuba dengan pengambilan air dengan hirisan limau (infuse water) sebagai alternatif.
Kentang goreng agak tinggi kandungan karbohidrat dalam kumpulan makanannya. Sebiji kentang bersaiz sederhana sebelum digoreng mengandungi 11.8 gram karbohidrat,namun apabila kentang dikupas dan digoreng dalam minyak sayuran, ia menghasilkan 36.5 gram karbohidrat. Makanan yang digoreng dalam minyak sayuran itu menghasilkan sejumlah besar sebatian yang bahaya untuk kesihatan. Ada kajian mengatakan pengambilan kentang goreng dan makanan bergoreng lain berisiko tinggi menghidap penyakit jantung dan kanser. Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI |
sukacactus: Edited by sukacactus at 25-1- ...
Gingerly replied at 25-1-2022 08:19 PM
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI
~fruit+vege puree
keane.somewhere replied at 25-1-2022 07:57 PM
Meols kat rumah makan campuran Millet, BuckWheat, Beras Ungu Bali Keladi Iban, Beras Merah Kelantan, ...
monreyes replied at 25-1-2022 08:58 PM
aku suka gardenia purple bijirin tu..tapi payahnya lah nak dapat..next yg purple takde bijirin...kal ...
ultra78 replied at 25-1-2022 09:57 PM
Nak sihat makan oat yg kena masak atas dapur tu,bukan jenis yg segera tuang air panas.
ADVERTISEMENT