Aktiviti beriadah bersama anak di taman permainan (playground) awam merupakan aktiviti biasa dilakukan. Walau bagaimanapun, bukan semua taman diselenggara dengan baik, malah ada beberapa kajian sebelum ini menyatakan hampir 3,000 kes kecederaan berlaku dalam tempoh tiga bulan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan salah satu kawasan taman permainan di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengundang pertanyaan orang ramai. Sekali pandang, sememangnya akan membuat kanak-kanak teruja untuk bermain kerana ia menggunakan tema perahu selain ada ‘ciri keselamatan’ iaitu pasir yang dipercayai berfungsi sebagai penyerap hentakan seandainya kanak-kanak terjatuh atau sebagainya.
Apa yang membimbangkan ramai pihak adalah pemilihan bahan digunakan untuk membina taman permainan itu yang diperbuat dari konkrit selain ada juga beberapa bucu tajam yang pastinya berbahaya buat kanak-kanak. Menerusi salah satu foto yang dimuat naik pengguna itu jelas kelihatan pasir sudah mula mendap akibat impak berterusan dari budak-budak yang bermain gelongsor terbabit. Dalam masa sama, warganet mempersoalkan keputusan MBKT untuk menggunakan konsep taman permainan ‘lama’ yang diperbuat dari batu sedangkan ada saja di pasaran set taman permainan yang dijual lebih mesra kanak-kanak. Sumber: BeautifulNara
|
Samerosie replied at 25-1-2022 01:35 PM
Jab jab siapa pulak yg pergi tangkap gambar malam2 buta ni, dia pergi main ke dan siapa pula yg paka ...
dani-rox replied at 25-1-2022 01:46 PM
separuh bogel ke? ai nampak mcm tgh pakai suit superhero Marvel cinematic universe jah
Decaffeinated replied at 25-1-2022 02:09 PM
boleh slide ka kalau konkrit gitu?
sarahmirza replied at 25-1-2022 04:51 PM
Status FB tu bahasa apa?
haruslah replied at 25-1-2022 04:44 PM
Mcmana boleh dpt tender?
PBT x cek ke?
ADVERTISEMENT