Seorang lelaki menikam isterinya ekoran tidak diberikan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian kelmarin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa berusia 21 tahun cedera di lengan kanan selepas ditikam beberapa kali menggunakan gunting dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu. “Akibat kejadian terbabit, mangsa yang merupakan warga Filipina terpaksa menerima tiga jahitan. “Manakala suspek yang juga suami mangsa berusia 25 tahun menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
“Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan berkahwin sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak berusia dua dan tiga tahun. “Suspek berkelakuan sedemikian ke atas isterinya selepas berang tidak diberikan wang yang dipercayai mahu digunakan untuk membeli dadah,” katanya dalam kenyataan akhbar. Rohan Shah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. Sumber: K! ONLINE
|
Shazid replied at 21-1-2022 07:13 AM
Mudanya depa ni kahwin. Malang si isteri dpt suami mcm ni...klu isteri yg mmg mencari nafkah mintak ...
twins replied at 21-1-2022 09:07 AM
antara sebab menyumbang kepada statistik ramai perempuan tak kawin .... daripada dapat laki macam ni ...
Mooverine replied at 21-1-2022 08:02 AM
Dadih lagi.. apa la silapnya negara kita ni..
Hukuman dadih antara yang paling strict di dunia..
yet ...
Mooverine replied at 21-1-2022 08:02 AM
Dadih lagi.. apa la silapnya negara kita ni..
Hukuman dadih antara yang paling strict di dunia..
yet ...
ninja boy replied at 21-1-2022 04:50 PM
Penagih dadah patut dibunuh humban dlm sungai ikat dgn batu, X rugi bunuh penagih
ADVERTISEMENT