CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sia-sia Tuah Adzmi Jual Mini Cooper, Bisnes Roti John & T-Shirt Tak Menjadi

21-1-2022 06:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5537| Komen: 46

Gara-gara tiada tawaran nyanyian dan hilang sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Tuah Adzmi memberitahu dia terpaksa menjual kereta kesayangan miliknya.


Menurut Tuah atau nama sebenar Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, dia terpaksa melepaskan kereta jenama Mini Cooper yang dibeli hasil titik peluhnya itu demi meneruskan kelangsungan hidup.


Kredit foto: IG Tuah Adzmi 

"Masa awal PKP okay lagi, tapi apabila dah masuk bulan keenam, duit memang habis... mahu tak mahu jual kereta merupakan jalan terakhir. Memang sedih tapi ketika itu tak boleh nak fikir apa dah.


"Saya terpaksa jual di kedai kenderaan terpakai dengan harga RM18,000 sahaja, masa itu memang terdesak sangat, nak jual dekat kenalan lain pun tak boleh sebab masa tu tengah PKP," katanya kepada mStar.

Katanya, dia menggunakan duit jualan kereta itu sebagai modal untuk memulakan perniagaan makanan dan pakaian.


Kredit foto: IG Tuah Adzmi

"Saya guna duit jual kereta itu untuk tampung kehidupan, di samping itu saya jadikan modal untuk jual roti john semasa bulan Ramadan. Saya juga jual t-shirt tapi tak menjadi sebab PKP... mungkin timing tak sesuai, jadi saya rasa tindakan saya guna duit untuk berniaga pun sia-sia.

"Mujurlah saya ada satu lagi kereta Myvi yang masih boleh digunakan, sebenarnya kereta itu ibu saya yang guna tapi memandangkan dia baru sahaja pencen, jadi sekarang saya pakailah dahulu.


Kredit foto: IG Tuah Adzmi

"Alhamdulillah sekarang ini sektor hiburan pun dah boleh bernafas sedikit, saya harap dapat bekerja dan menyimpan duit semula. Saya mahu bina semula kerjaya yang dah terhenti sejak dua tahun lalu. Niat saya hanya mahu menyenangkan ibu, cukup makan minum kami kemudian barulah nak fikir fasal kereta baharu," ujarnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 21-1-2022 06:53 AM
tak kenal.
Quote cheezel 21-1-2022 06:53 AM
Masalahnya xknl lgsg. Muncul dari mana?
Quote cheezel 21-1-2022 06:54 AM
Murahnya mini cooper. Beli mahal. Takde trade in value
Quote Suchi 21-1-2022 07:02 AM
Yang ko pun dah tau bukan penyanyi no 1 negara baru ada duit sikit dah beli keta mahal.
Khai Bahar yg jauh lebih pemes pun aman2 je takde keta padahal lebih drpd mampu.

Asal ada duit sikit jgn la cepat sgt nak beli keta memahal. Kalau nak sangat guna keta beli laa yg biasa2 dulu.
Ukur baju kat badan sendiri dek.
Quote Suchi 21-1-2022 07:04 AM
cheezel replied at 21-1-2022 06:54 AM
Murahnya mini cooper. Beli mahal. Takde trade in value

Harga dah sama dgn kelisa 2nd.
Kelisa mmg tak turun2 harga masih belas ribu lagi utk 2nd padahal dh lama kot keta tu.
Taktau napa perodua tak kuar dh keta mini gitu, ramai je yg suka pakai senang nk parking bagai.
Quote harkktuih 21-1-2022 07:36 AM
Kalau x pkp pun org x kenal ko sape dekkk..
Quote wordlife 21-1-2022 08:10 AM
good luck dik Tuah untuk Big Stage
ada rezeki menang nanti, beli la balik kereta tu ye
Quote selipar_hijau 21-1-2022 08:52 AM
pakai axia je la lebih economic janji mudah nak gerak ke sana sini nak bekerja cari duit. ada duit lebih gi mekap axia tu bagi lawa
Quote buragazz 21-1-2022 08:54 AM
Takpe lah tuah ini semua suka duka perjalanan hidup yang penting bila nak keluar lagu baru lagi.. lagu ko sedap2 dan suara pun mantap..
Quote Tembikaigoreng 21-1-2022 09:00 AM
Dengar dia nyanyi ...sedap jugaklah....kesiannya sampai jual itu in
Quote rukia2 21-1-2022 09:07 AM
cheezel replied at 21-1-2022 06:54 AM
Murahnya mini cooper. Beli mahal. Takde trade in value

kan..18k je...tp x tau la tahun bila punya
Quote codenamedream 21-1-2022 09:14 AM
Takziah, moga beringat di masa akan datang
Quote belilies 21-1-2022 09:17 AM
Sapalah nak beli t-shirt masa pkp. Baju pakai cantik nak pakai ke mana masa tu. Org lagi nak buang duit ke makanan. Jambu sungguh muka. Tengok drive mini taulah jenis mana budak ni
Quote kucingitam 21-1-2022 09:25 AM
siapa kau?
Quote kaedahnya 21-1-2022 09:36 AM
Suchi replied at 21-1-2022 07:04 AM
Harga dah sama dgn kelisa 2nd.
Kelisa mmg tak turun2 harga masih belas ribu lagi utk 2nd padahal d ...

depa bawak kuar ativa sebagai ganti
tapi ganti tu macam nak ganti kembara pun ada.
Quote KamikuP 21-1-2022 09:39 AM
Melayu tipikal asal berjaya sikit beli kereta mewah,.. cuolls tengok le taik2 MLM dan ajen2 insuran.. ekekek
Quote Suchi 21-1-2022 09:40 AM
kaedahnya replied at 21-1-2022 09:36 AM
depa bawak kuar ativa sebagai ganti
tapi ganti tu macam nak ganti kembara pun ada.

Ok iols google nak tgk, tp ativa besar. Kete paling kecik skrg axia tu pun taklah kecik mana lagi kecik kancil dan kelisa.

Iols dh lama geram dgn kelisa tp laki tak bg beli yela keta lama kan.
Katanya kang rosak tgh jalan bagai huhu.
Rata2 yg ada kelisa syg nak jual walau dh ada keta baru lain yg lebih besar.
Jimat minyak, senang nak guna utk kegunaan harian.
Quote kaedahnya 21-1-2022 09:52 AM
Suchi replied at 21-1-2022 09:40 AM
Ok iols google nak tgk, tp ativa besar. Kete paling kecik skrg axia tu pun taklah kecik mana lagi  ...

keta china ada la kot yang comey macam kelisa. tapi rosak tak ada sparepart pulak
Quote te_clone 21-1-2022 10:51 AM
biar betul jual mini cooper rm18k?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051005 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top