Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini memperkenalkan dua projek baharu mereka yang akan melibatkan rantaian-block (block-chain) di JDT Digital pada tahun ini iaitu JDT Fan Token dan JDT NFT Marketplace.
Kelab itu memaklumkan mengenai projek berkenaan melalui laman media sosial mereka.
Difahamkan, JDT Fan Token membolehkan penyokong mengundi dalam beberapa keputusan bukan teknikal berkaitan kelab berkenaan, selain menikmati pelbagai promosi eksklusif yang tidak ditawarkan melalui platform lain. Manakala, peminat boleh mengumpulkan karya seni yang diinspirasikan oleh JDT menerusi JDT NFT Marketplace. Malah, pembeli juga akan menikmati sejumlah pengalaman eksklusif, pengalaman unik bersama pemain dan mendapat akses kepada memorabilia JDT. Walaupun ianya idea yang bernas, tetapi JDT bukan kelab sukan Malaysia pertama yang melancarkan NFT. Sebenarnya, kelab Bola Sepak Selangor FC telah melakukannya terlebih dahulu pada bulan lepas apabila mereka memperkenalkan RGNFT (Red Giants NFT) melalui laman media sosial mereka.
|
ADVERTISEMENT