|
View: 855|Reply: 4
|
Kelab JDT Bakal Lancar JDT Fan Token!
[Copy link]
|
|
|
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini memperkenalkan dua projek baharu mereka yang akan melibatkan rantaian-block (block-chain) di JDT Digital pada tahun ini iaitu JDT Fan Token dan JDT NFT Marketplace.
Kelab itu memaklumkan mengenai projek berkenaan melalui laman media sosial mereka.
Menurut Amanz, tawaran ini akan membolehkan penyokong JDT menyertai pelbagai perkembangan kelab tersebut.
Difahamkan, JDT Fan Token membolehkan penyokong mengundi dalam beberapa keputusan bukan teknikal berkaitan kelab berkenaan, selain menikmati pelbagai promosi eksklusif yang tidak ditawarkan melalui platform lain.
kredit foto: Semuannya Bola
Manakala, peminat boleh mengumpulkan karya seni yang diinspirasikan oleh JDT menerusi JDT NFT Marketplace. Malah, pembeli juga akan menikmati sejumlah pengalaman eksklusif, pengalaman unik bersama pemain dan mendapat akses kepada memorabilia JDT.
kredit foto: Amanz
Walaupun ianya idea yang bernas, tetapi JDT bukan kelab sukan Malaysia pertama yang melancarkan NFT. Sebenarnya, kelab Bola Sepak Selangor FC telah melakukannya terlebih dahulu pada bulan lepas apabila mereka memperkenalkan RGNFT (Red Giants NFT) melalui laman media sosial mereka.
RGNFT menjual produk NFT yang memberi kelebihan kepada pemilik NFT seperti memberi akses kepada pelbagai aktiviti digital yang melibatkan video latihan, bertemu pemain secara digital dan melakukan undian terhadap idea kelab tersebut.
RGNFT berada di Pentas.io dan Opensea.io, manakala JDT akan berada di jdtdigital.io. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar Ronaldo sedang bermasalah diMAN Utd...
Apakah mungkin? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wpun aku selalu kritik negara J, tapi bagus usaha JDT nih.
elok la liga sini ikut style bundesliga,
fan club jadi share holder untuk kelab. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|