CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebal Hantu, Kubur Sebelah Pintu Rumah Je!

20-1-2022 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2539| Komen: 17

Description: Bayangkan jika rumah yang didiami hanya sekangkang kera sahaja dengan kubur?
Bayangkan jika rumah yang didiami hanya sekangkang kera sahaja dengan kubur?

Bagi orang luar, ia pastinya memberikan satu suasana yang tidak selesa, tetapi bagi masyarakat yang tinggal di sebuah kawasan di Cirebon Jawa Barat ini, di situlah tanah perkuburan dan di situ jugalah rumah mereka.


Malah, ada kubur yang betul-betul terletak di sebelah tangga atau pun di bahagian pintu masuk rumah kebanyakan penduduk di sini.


Bagi masyarakat yang tinggal di sebuah kawasan di Cirebon ini, di situlah tanah perkuburan dan di situ jugalah rumah mereka. - Foto YouTube/wekajournal

Pada Jun 2020, Tanah Perkuburan Kemlaten itu menjadi tular di laman YouTube milik wekajournal yang berkongsikan kisah "Kampung Menyatu Dengan Kuburan".


Ia kerana penduduk di kampung di sekitar tanah perkuburan itu seolah-olah tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kehidupan seharian dengan kubur-kubur yang ada di merata tempat.

Penduduk di situ juga tidak merasakan ia sesuatu yang aneh, malah pada sebelah petang, ada kelihatan kanak-kanak di kawasan kejiranan bermain sewaktu petang seperti ia merupakan taman perumahan biasa.

Lebih menarik, para penduduk di Cirebon itu kebanyakannya tidak tahu-menahu siapa penghuni kubur-kubur yang berada di situ.

Ini bermakna, mereka bukan sahaja melalui kawasan perkuburan sebelum memasuki ke pintu rumah, malah mereka juga tidak kenal jasad siapa yang ditanam di kawasan itu.

Perkampungan di situ dilaporkan telah mula dibina pada tahun 1991 dan kawasan tanah perkuburan itu dikatakan milik Kesultanan Cirebon.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 20-1-2022 06:08 PM
Blkang umh kwn aku kubur... Rileks je diaorg...
Quote tripleid 20-1-2022 06:53 PM
Edited by tripleid at 8-2-2022 11:43 AM

Kat setinggan pilipin lg extreme...siap boleh buat rumah atas kubur

[youtube]166eY5_hn1I[/youtube]
Quote BartholomewKuma 20-1-2022 07:15 PM
Kuboq bukan tempat hantu tara mana pun. Hari hari dok tenang batu nesan nak mai takut pa benda?
Quote SalenaGomez 20-1-2022 08:59 PM
Lorghhhh kat terengganu pon ada…SG penah tido rumah sedara kat sana…kubur sedara mara n parents depa sume depan laman rumah je
Quote Suchi 20-1-2022 09:02 PM
Iols rela berjiran ngan kubur daripada berjiran dengan manusia yang iols taktau hati perutnya cemana.
Quote Thunderclouds 20-1-2022 09:16 PM
Lah. Umah my PIL seblah kuboq. Sepelaung ja. Tok depa tanam situ,pakcik makcik sepupu sepapat even arwah adik ipaq pn kt situ jgk. So far kalo kita hut xdak lg yg menyaut. Hahahaha
Quote edoraixora 20-1-2022 09:39 PM
Otamblurr tu pun, kubur tepi tingkap bilik dia je pun.
Selamba je tido bukak tingkap
Quote Supersirap 20-1-2022 09:50 PM
Dah biasa dengan suasana kuburan
Quote Gomea 21-1-2022 12:18 AM
edoraixora replied at 20-1-2022 09:39 PM
Otamblurr tu pun, kubur tepi tingkap bilik dia je pun.
Selamba je tido bukak tingkap

Kat melaka banyak umah sebelah kubur2 lama. Dari kecik dah duduk situ, tu yang dia tak takut agaknya.
Quote Perawankota 21-1-2022 02:47 AM
Umah arwah nenek aku betul2 me ngadap kubur.. Skarang mak sedara aku duduk situ.. Dulu kecik2 tak takut Sgt tgk.. Dah besar ni, klu tgk takut pulak
Quote faraway1 21-1-2022 05:00 AM
Belakang apartments my sis kat kl tu , kubur, ok aje, selalu duk kat tingkap tengok orang datang ziarah kubur..

Even kat quebec ni normal sangat kubur belakang rumah.
Quote edoraixora 21-1-2022 05:25 PM
Gomea replied at 21-1-2022 12:18 AM
Kat melaka banyak umah sebelah kubur2 lama. Dari kecik dah duduk situ, tu yang dia tak takut agakn ...

kannn...melaka banyak kubur2 lama tepi rumah org.
dah biasa xde rasa apa lah, kita yg tak biasa nih seremmmmm
Quote Artemesiaa 21-1-2022 06:36 PM
Kat tanahair ni banyak je kawasan rumah yang macam tu kat bandar kat kampung semua ada
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 06:38 PM
images.jpg
Quote nw111 8-2-2022 08:52 AM
tripleid replied at 20-1-2022 06:53 PM
Kat setinggan pilipin lg extreme...siap boleh buat rumah atas kubur

Kat indon pun ada..baru ni ada org share video satu kampung dlm kawasan kubur kat indon..giler ah..tepi pintu kubur..bukak pintu rumah nmpk kubur dulu...bukak tingkap nmpk kubur..selamba pulak tu tgk dia org mlm2 lepak dpn rmh..kiri kanan pangkin melepak tu kubur...
Quote bulalof 8-2-2022 09:46 AM
kalau kat lembah klang ni tak mustahil jd camni sebab penggunaan tanah yg terlalu extreme utk pembangunan.
Quote FOTHER-MUCKER 8-2-2022 09:05 PM
Ini lagi seram......

[fbvlink]https://fb.watch/b28FrfI36o/[/fbvlink]

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.093064 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top