sumber foto : http://www.themalaysiantimes.com.my/ Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol antara 30 hingga 50 peratus pada hari terpilih sempena Aidilfitri ini. Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG di semua lebuh raya kendaliannya. "Dengan adanya rebat, memang banyak boleh jimat, khususnya bagi mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh," Bagi menggalakkan orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung halaman masing-masing, PLUS menawarkan rebat tol antara 30 dan 50 peratus pada bukan waktu puncak.
Antaranya rebat tol sebanyak 50 peratus ditawarkan sepanjang hari untuk perjalanan melebihi 100km di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Elite serta pengguna sistem elektronik seperti kad PlusMiles, Touch n 'Go atau Smart Tag pada 13 dan 23 Julai. Selain itu, rebat tol sebanyak 40 peratus diberikan pada 14 dan 22 Julai dan 30 peratus bagi perjalanan jarak jauh pada 15 dan 21 Julai ini. Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps atau menghubungi talian PlusLine 1800-88-0000. sumber : http://www.bharian.com.my/ |
13
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
22
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT