CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Idris Tak Campur, Serah Kes Moral Pegawai JKSM Pada Polis

19-1-2022 06:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1255| Komen: 8

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan kepada siasatan polis berhubung isu moral seorang pegawai di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).


Menterinya, Idris Ahmad malah memberi jaminan tidak sama sekali mencampuri bidang kuasa polis dan proses undang-undang yang sedang berkuat kuasa.


Kredit foto: The Star

“Semua pihak turut diminta akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci,” jelas beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, beliau seolah-olah merujuk kemelut dalaman Persatuan Pegawai Syariah Malaysia disebabkan isu melibatkan hakim kanan JKSM tersebut.


Ia menyaksikan berlaku dua perbezaan pandangan melibatkan dua kumpulan sama ada yang menyokong Presidennya, Ibrahim Deris atau timbalannya, Muhammad Yusro Borhan Nordin.

Polemik ‘perang media’ itu turut menyebabkan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tampil meminta Idris campur tangan dalam kemelut berkenaan.

Suasana itu ujarnya, dibimbangi mengakibatkan imej JKSM dan institusi perundangan syariah tempatan mengalami defisit kepercayaan dalam kalangan orang awam terutama umat Islam.

Mengulas lebih lanjut, Idris memohon kerjasama semua pihak agar bertenang dan kekal berlapang dada untuk memberi keadilan kepada individu yang terlibat dalam isu tersebut.



“Sebarang kenyataan yang ditimbulkan kelak dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan dan tindakan percanggahan berkenaan juga perlulah dihentikan dengan segera,” tegas beliau. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-1-2022 07:43 AM
Sajat tsenyum sinis
Quote awanysss 19-1-2022 10:25 AM
takde ke yg tahu kes pasal apa ni..
when meleis berkuasa, this is what to expect la..
kebodohan turun temurun..
walau aku tak tahu cerita, tp aku dah boleh jangka lol
Quote Orix 19-1-2022 10:32 AM
asalkan x makan babi n minum arak.......... dpt duit cara harom takpe
Quote supernaturalee 19-1-2022 11:16 AM
ape isu moral nya

sbb x sokong fuchuk pimpinan ke

Quote Decaffeinated 19-1-2022 11:21 AM
awanysss replied at 19-1-2022 10:25 AM
takde ke yg tahu kes pasal apa ni..
when meleis berkuasa, this is what to expect la..
kebodohan turu ...

kes Dr Naim lah


Quote awanysss 19-1-2022 12:09 PM

ku tak tahu.. bg link boleh tak..
atau hint2 yg lebihjelas
Quote Decaffeinated 19-1-2022 12:14 PM
awanysss replied at 19-1-2022 12:09 PM
ku tak tahu.. bg link boleh tak..
atau hint2 yg lebihjelas

nah nganga

https://b.cari.com.my/forum.php? ... light=hakim%2Bbogel


Quote awanysss 19-1-2022 12:32 PM
Decaffeinated replied at 19-1-2022 12:14 PM
nah nganga

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5015812&highlight=hakim%2Bbogel

setelah dibaca, kes tak strong..
good luck sis..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039710 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top