Seorang lelaki didakwa mendera anaknya selepas memukul kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menggunakan hos plastik.
Suspek yang dikenali sebagai Eko, 36 tahun, di dakwa memukul anaknya di bahagian punggung selepas anaknya tidak mengambilkan air minuman untuknya. Berikutan insiden itu, isteri suspek membuat laporan polis yang mendakwa suaminya mendera anak mereka. Ketua Polis Bukitraya, Dodi Vivino mengesahkan laporan itu dan memaklumkan suspek sudah ditahan kelmarin.
“Kita tahan suspek selepas isterinya membuat laporan polis. “Suspek menceritakan, dia memukul anaknya dengan hos plastik itu kerana berang anaknya tidak membawa air minuman biarpun sudah diminta berkali-kali,” ujar Dodi. Selain itu, polis turut merampas hos plastik yang digunakan suspek untuk memukul anaknya. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tiga tahun. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT