Masih aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.
“Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahan-lahan tarik diri. “Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua. “Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada mStar.
Pelakon Tanah Kubur ini turut meluahkan rasa kecewa apabila segelintir golongan muda dalam bidang seni tidak menghargai bakat lama sepertinya. Dia sendiri pernah berhadapan situasi tidak dikenali pelakon baharu. Bukan minta disanjung, namun baginya cukup ada rasa hormat terhadap artis veteran yang lama mencipta nama. “Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan. “Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja. “Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” jelasnya. Dalam masa Hamidah juga turut merasa terkilan soal bayaran artis lama yang dianggap tidak berpatutan. “Bayaran kepada artis veteran tidak berbaloi berbanding pengalaman yang mereka ada. “Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi,” katanya. Sumber: mStar
|
slyfynx: Jap, kalau dah senior retis me ...
heythere123 replied at 18-1-2022 02:05 PM
i tak rasa pun dia mintak disanjung ke apa tapi kena la ada courtesy bila jumpa artis veteran. At ...
MissYouSayang replied at 18-1-2022 03:49 PM
Mujur nek midah yg bitter.kalau nek ogy yg bitter mmg aku hemput balik sbb nek midah x de isu & x ov ...
slyfynx replied at 18-1-2022 01:40 PM
Jap, kalau dah senior retis mesti semua kene sanjung ke cemane ni?
ADVERTISEMENT