CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buntu, Wanita Mohon Selamatkan Adik Dari Ibu Bapa Tak Berhati Perut

8-1-2022 04:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5448| Komen: 25|Original author: tatod

Sumber Twitter Jessy Lim

Bimbangkan dengan keselamatan adiknya di Singapura, seorang wanita dikenali sebagai Jessy Lim memohon bantuan orang ramai agar menyokong petisyen bagi mengasingkannya dan diletakkan dibawah perlindungan daripada kedua ibu bapanya.



Menerusi ciapannya di Twitter, wanita yang berada di New Jersey, Amerika Syarikat itu mendakwa kedua ibu bapanya menyeksa fizikal dan mental adiknya, Nadyanti Lim yang berusia 18 tahun hingga menyebabkan gadis berkenaan hidup dalam ketakutan.

Ciapan berkenaan tidak hanya mencuri perhatian warga Singapura, tetapi juga Malaysia. Ada yang menyarankan Jessy melaporkan kepada pihak berwajib dan mendoakan agar masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.





Menurut Jessy, selama dua tahun adiknya tidak pernah bertanya khabar, namun menghubunginya kelmarin merayu agar diselamatkan daripada kedua ibu bapa mereka.





Adiknya sudah menghubungi pihak polis, namun tidak menerima bantuan seperti diharapkan. Situasi itu memaksa Jessy mencipta petisyen pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum terjadi hal lebih buruk.

Menerima gambar dan video kiriman adiknya cukup merisaukan Jessy. Ibunya, Damanyanti Purba digambarkan sebagai ibu yang selalu mendera dan 'gila'. 

"Beberapa hari selepas Krismas, dia mencekik adiknya kerana menyangkakan adik saya telah merosakkan mesin basuh.

"Adik saya menghubungi pihak polis kerana dia menyangka akan mati sekiranya tidak mendapatkan bantuan, namun harapannya sama sekali musnah.




Kata Jessy juga, dia sendiri menerima gangguan daripada ibunya. Menggunakan borang maklum balas tempatnya bekerja, ibunya selalu menghantar aduan dengan tujuan wanita itu dipecat. Bagaimanapun, dia bersyukur pihak majikan memahami situasi dihadapinya.



Bercakap mengenai bapanya pula, kata Jessy, lelaki itu tidak mendera adiknya secara langsung, namun jarang berada di rumah. Ketiadaannya menyebabkan Nadyanti menjadi mangsa seksaan ibu mereka. 

Bapa mereka juga hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku.



Salah seorang pengguna Twitter yang berkongsi gambar tangkap layar status Facebook ibunya yang dikemaskini pada November lalu mendakwa status itu cukup menggambarkan sikap narsisis ibu mereka.





Semoga nasib Nadyanti terbela. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-1-2022 05:36 PM
aku nak bersimpati

tapi aku tak paham pucuk pangkal cerita ni

jadi aku tuang teh dulu sementara menunggu orang lain

jemput semua
Quote Buritan 8-1-2022 06:08 PM
Tak nak tehh.. nak air coklat panas.. boleh tak
Quote hareeeesah 8-1-2022 06:24 PM
Mungkin jenis parents kiasu nak anak besar jadi atm depa? Tak boleh ada dunia luar? Dok bilik belajar je? Ish scary..
Quote Supersirap 8-1-2022 08:14 PM
Adrif replied at 8-1-2022 09:36 AM
aku nak bersimpati

tapi aku tak paham pucuk pangkal cerita ni

Tu lah x berapa nak hadam cerita sebenar
Quote kaedahnya 8-1-2022 11:01 PM
kenapa adik dia tak pindah
Quote jazaa100 8-1-2022 11:15 PM
Ni keturunan friskies.....

Nama pun 'purba'......
Quote Carcosa 8-1-2022 11:51 PM
Apalahoiii. Adik ko yg 2 orang tu takkanlah tak boleh kerjesama hide handphone dekat mana2 ke, jadi mak gila dia tu tak nampak. Then record lerrr apa mak dia buat, kasi ler video tu ke ko. Mana tau remaja rebellious je ke. Mencuri alcohol tu mcm errrrr...
Kena dengar both sides jugak yach.
Quote hmmlantakko 8-1-2022 11:54 PM
Maksud sis?
Quote hmmlantakko 8-1-2022 11:55 PM
jazaa100 replied at 8-1-2022 11:15 PM
Ni keturunan friskies.....

Nama pun 'purba'......

Maksud sis?
Quote cucuq 9-1-2022 12:10 AM
Mak die indon ke? Adik die yg nadya tu pon ade isu mncuri mkanan n alkohol kn..
Quote nuryakmal 9-1-2022 08:09 AM
She is now 18 lah. If she can go out to steal food and alcohol she can walk herself to the police station.
Quote Samerosie 9-1-2022 10:18 AM
Dah 18 kut.  Tengok video tu mak dia marah dia kata anak kurang ajar kat adik dia.  I rasa ni bukan kisah hal mak pak derhaka ni anak rebellious.  Dah tu kena tangkap mencuri alcohol, like real kata kakaknya back up kata curi sebab nak jual untuk beli makanan etc

Kat Singapore ada je youth conselling centres ni, kalau betullah adik dia boleh je cabut lari and seek refuge kat sana.  
Quote ReginaGeorge 9-1-2022 11:46 AM
Dia dengar kata adik dia je. Dua tahun tak jumpa adik dia, disconnected. Bila dah desperate tau pulak dia nak reach out akak dia. So kalau adik2 dia tu keluar dari rumah, akak dia ke akan replace tanggungjawab sebagai ibu bapa? Akak dia ke yang akan tanggung makan minum, study fee, transportation, tempat tinggal adik2 dia? Selagi tak mampu nak beli seluar dalam sendiri, jadilah anak2 yang baik. Kalau nak jugak berambus, berambus. Jangan pula dah mengandung anak luar nikah, kau balik rumah mak bapak kau.
Quote underground 9-1-2022 02:04 PM
hareeeesah replied at 8-1-2022 06:24 PM
Mungkin jenis parents kiasu nak anak besar jadi atm depa? Tak boleh ada dunia luar? Dok bilik belaja ...

geng sepet memang DNA kiasu.. tambah spore, plus mental baik sepet, baik boyan.. hidup dah macam zombie aku tengok
yg muda BBNU macam dak2 twidder sini, rebellious..



Quote hareeeesah 9-1-2022 02:16 PM
underground replied at 9-1-2022 02:04 PM
geng sepet memang DNA kiasu.. tambah spore, plus mental baik sepet, baik boyan.. hidup dah macam z ...

I ada kenal a few sepet dia dtg keje sini few months. Berlagak x ckp cina siap ckp we r singaporean bukan chinese. Like whattt je haku dengor hahahah.. lantak kau le labu english pun puachukang je
Quote jazaa100 9-1-2022 02:52 PM
hmmlantakko replied at 8-1-2022 11:55 PM
Maksud sis?

Mak dia tu kan indon caprut mcm Friska sailang laki olang
Quote Kitty_catz 9-1-2022 03:51 PM
apa yg aku baca ni... yihhh

Quote hyie 9-1-2022 04:00 PM
mak dia indoe, ayah dia cina singaporn. Memula ingatkan muslim pastu ada yesus lah pulak
Quote batmana 9-1-2022 04:14 PM
klu bole curi arak, pehal ssah sgt curi kunci pntu rumah, keluar dri stu?

cmtu pun nk aja ka?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058906 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top