CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dari Nebraska Buat Ujian DNA Mendapati Dia Ada 18 Adik-beradik!

8-1-2022 12:01 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3263| Komen: 30|Original author: Agent13k

Description: Memang seronok untuk mencuba ujian DNA di samping mendapatkan info lanjut tentang sejarah diri dan keluarga.
Memang seronok untuk mencuba ujian DNA di samping mendapatkan info lanjut tentang sejarah diri dan keluarga.

Dua lelaki dari Franklin, Nebraska melakukan ujian tersebut mendapati dia sebenarnya mempunyai18 adik-beradik.


kredit foto: UPI

Quinten Saathoff dan abangnya 'saja-saja' mencuba melakukan ujian berkenaan melalui 23andMe dan tidak menjangkakan apa-apa. 

Bagaimanapun, mereka mendapat keputusan yang akan mengubah hidup mereka apabila mengetahui mereka sebenarnya mempunyai 18 adik-beradik lain. 


Ekoan itu, Quinten cuba menghubungi mereka melalui Facebook, tetapi dia serba salah dan tidak tahu cara terbaik untuk memberitahu situasi sebenar.


kredit foto: Forbes

Difahamkan, tidak semua mahu menjawab mesej Quinten dan berasa canggung, tetapi ada juga yang memberi respons terhadap mesejnya itu. 

Quinten memberitahu NTV ABC yang mereka berada di Nebraska, North Carolina, North Dakota, Maryland dan Texas. Beberapa daripada mereka juga memuat naik gambar bapa kandung mereka dan Quinten terkejut apabila mendapati memang ada iras dengan gambar bapanya sendiri.

Dia dan abangnya bukan dari bapa yang sama, malah mereka adalah dari hasil dari pendermaan sperma, tetapi Quinten juga berkata yang dia tidak mahu berhubung dengan bapa kandungnya kerana tidak mahu menggangu hidupnya dan menghormati privasi hidup bapa kandungnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 8-1-2022 12:04 PM
Ohh pendermaan sperma ingatkan bapa dia spesis creet sana sini.

Tak bahaya ke kalau terkawen adik badik eh? Dari segi genetik bagai.
Quote Artemesiaa 8-1-2022 12:06 PM
Yang pasti bukan dia sorang je macam tu pasti lebih ramai lagi yang sama sepertinya
Quote Supersirap 8-1-2022 12:43 PM
Baguslah dapat jejak saudara kandung
Quote Firenzza 8-1-2022 01:12 PM
Klau bapak billioner baru semua datang buat reunion kot
Quote Mulotkoyak 8-1-2022 01:50 PM
Suchi: Ohh pendermaan sperma ingatkan ...

Die bukan isleyyy sis... So xde ape yg die nk hiraukn
Quote Adrif 8-1-2022 05:29 PM
Suchi replied at 8-1-2022 12:04 PM
Ohh pendermaan sperma ingatkan bapa dia spesis creet sana sini.

Tak bahaya ke kalau terkawen adik b ...

mohon betulkan kalau salah ye anyone.katanya, penyakit keturunan akan diturunkan kat anak nanti
dan pelbagai penyakit dalaman lain, selain daripada fizikal yang tak berapa sempurna/ kuat.

sebab tu salah satu perkara penting bila nak kawen dalam agama Islam,
ialah nasab keturunan. salasilah keluarga.
untuk mengelakkan terkahwin sinetron
"Kamu gak boleh nikah sama dia. Kerna dia itu, ternyata adik kandung kamu!"
*slow motion. zoom muka hero. zoom muka adik. zoom muka mak. zoom heroin*
Quote Decaffeinated 8-1-2022 05:40 PM
Quinten terkejut apabila mendapati memang ada iras dengan gambar bapanya sendiri.

anak hasil dari sperm donor boleh ada gambar bapa?
Quote naina 8-1-2022 06:11 PM
Adrif replied at 8-1-2022 05:29 PM
mohon betulkan kalau salah ye anyone.katanya, penyakit keturunan akan diturunkan kat anak nanti
da ...

Senang kata kena nikoh dengan berlainan bangsa dan keturunan itu lebih baik lah kan genetiknya. Sebab tu ada kata boleh lahirkan anak bijak. Kalau Kalau keturunan yg sama even sepupu dia punya gen tu slow ckit. Betolkah
Quote keane.somewhere 8-1-2022 06:28 PM
Baka herlok ke?
Quote becir 8-1-2022 07:39 PM
naina replied at 8-1-2022 06:11 PM
Senang kata kena nikoh dengan berlainan bangsa dan keturunan itu lebih baik lah kan genetiknya. Se ...

Mana elok nikah sepupu sepapat ni..kalau kat UK penyakit pembawaan genetic ni byk amongst Indian pakistani immigrants sebab suka sgt kawen sedara sendiri..cina gak cerdik avoid kawen surname sama, nak elak benda camni jadi
Quote angelofish 8-1-2022 09:11 PM
pelik.macam mana cek dna sendiri.tiba tiba boleh tau 18 adik beradik??bila check tu turun wahyu ke
Quote 234126 8-1-2022 11:19 PM
Kat sane kalau derma sperm dapat bayaran kan? Ke dlm movie je? cube bayang kalau laki tu rajin derma sebab hidup susah masa muda pastu masa tua tetiba menang lottery terus jadi kayo takpun berjaya bisnes ke and pastu ada anak buat test DNA camgini online dapat tahun ada 25 adik beradik kohkohkoh best buat plot movie ni.
Quote haifawehbe 9-1-2022 01:56 AM
iols teringin nk try test kit ni utk tahu dna keturunan dari mana.. tapi harga keras in usd.. iols layan kat utube ada 1 geng bola sepak buat test ni sekali sampai keturunan raja2 zaman dulu boleh trace. ada tu boleh trace yg moyang dia book author zaman dulu yg dia sendiri x tahu..
Quote JunkMail 9-1-2022 03:01 AM
angelofish replied at 8-1-2022 09:11 PM
pelik.macam mana cek dna sendiri.tiba tiba boleh tau 18 adik beradik??bila check tu turun wahyu ke

23andme tu company check dna. Kau calit2 air liur pastu post balik kat lab tu. Diorang ada database. Siapa yang register dna masuklah dalam database.. dah kalau sama dna harus dalam folder yang sama.
Quote capiloton 9-1-2022 03:46 AM
Edited by capiloton at 9-1-2022 03:55 AM
haifawehbe replied at 9-1-2022 01:56 AM
iols teringin nk try test kit ni utk tahu dna keturunan dari mana.. tapi harga keras in usd.. iols l ...

sama, teringin nak buat dna test.
dah la hidung macam jewish people,
mana tahu ada bloodline yahudi

tapi malaysia tak termasuk dalam ancestry,
kena tunggu la jawab nyer.

https://support.ancestry.com/s/a ... able?language=en_US
iols layan kat utube ada 1 geng bola sepak buat test ni sekali sampai keturunan raja2 zaman dulu boleh trace. ada tu boleh trace yg moyang dia book author zaman dulu yg dia sendiri x tahu..

boleh share youtube link?

Quote BartholomewKuma 9-1-2022 04:48 AM
Suchi replied at 8-1-2022 12:04 PM
Ohh pendermaan sperma ingatkan bapa dia spesis creet sana sini.

Tak bahaya ke kalau terkawen adik b ...

Depa peduli pa benda benda hat lagu tu. Kita ja hat dok ambik cara. Ada hat pi menikah mak pak sendiri pun ada depa ni aduiiyahaiii
Quote BartholomewKuma 9-1-2022 04:48 AM
Tapi nampak la na pak dia dok pi crett merata. Kot kot belen pon dia sentai pa? Hahaha
Quote Suchi 9-1-2022 08:10 AM
Adrif replied at 8-1-2022 05:29 PM
mohon betulkan kalau salah ye anyone.katanya, penyakit keturunan akan diturunkan kat anak nanti
da ...

Ya betul tu sbb tu kena kawen dgn org yg langsung tak de kena mengena ngn kita biarlaah negeri lain pun ke apa.
Keturunan boleh berkembang dgn lebih luas sekaligus dapat bekki keturunan gak kalau kawen ngn org2 yg rupa lebih helok huhuhu
Quote Suchi 9-1-2022 08:17 AM
naina replied at 8-1-2022 06:11 PM
Senang kata kena nikoh dengan berlainan bangsa dan keturunan itu lebih baik lah kan genetiknya. Se ...

Bab slow skit tak pasti tp penyakit genetik tu selalu la dengar.
Jiran kat kg iols dia kawen ngn sepupu kerap sangat keguguran.
Biasa gugur janin tu dah cukup sifat saiz besar botol kicap, anak dia yg lahir dan hidup elok adalah 4 org. Tu pun pompuan je semua.
Kebanyakkan yg gugur tu lelaki katanya.
Sblm dapat anak yg sulong pun dah byk kali keguguran.
Lepas dapat yg bongsu pun sama, igt lagi masa iols sekolah dulu boleh dikatakan kerap juga la acik tu pregnant pastu keguguran sbb selalu sgt arwah mak iols g umah dia tiap kali dia keguguran tu. Sbb janin tu dah cukup sifat jd diuruskan mcm jenazah gak la kan.Kira tak cukup bulan la.
Katanya punca tu sbb dorang kawen sesama sepupu mcm ada problem laa dgn kandungan tu maybe masalah genetik la kot.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.136673 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top