|
Belum pun reda isu kanak-kanak Rohingya berkelakuan 'gangster' ketika meminta sedekah, timbul pula desas-desus baharu warga itu mulai datang dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sumbangan. Menerusi sebuah video perkongsian Ida Aleesa di TikTok, kelihatan hanya seorang wanita berdiri di hadapan pintu rumahnya, namun pemilik video mendakwa wanita itu datang berdua. "Kaum wanita Rohingya memang minta sedekah pergi dari rumah ke rumah ke?" tulisnya pada kapsyen video.
Menurut perakam, dia bernasib baik pintu kaca rumahnya berwarna gelap hingga menyukarkan wanita yang berada di luar melihatnya. Menerima maklum balas ramai, masing-masing menceritakan pengalaman mereka berhadapan situasi sama. Mereka menyifatkan tindakan warga Rohingya semakin menjadi-jadi. Pintu rumah anda pernah diketuk mereka? - CARI |

whimsicalmusic replied at 7-1-2022 09:16 PM
Mcm mne nk determine tu org rohingya? Iolls nk tao jgk
syamzana replied at 7-1-2022 09:30 PM
betul la...umah iols 2mgu lepas org ketuk pintu rumah. gara2 anak iols kuar buang smpah tak ttp gate ...
missyL replied at 7-1-2022 11:55 PM
Tgok badan makcik ni xde lah x cukup makan nie
sambaldurian replied at 7-1-2022 11:46 PM
Ye betul , rumah ak dulu ada rohingya g umah ke umah, dorg nk derma je, mak ak ckp klu nk duit kerja ...



.
ADVERTISEMENT