Umum tahu Rita Rudaini antara individu yang lantang bersuara mengenai isu vaksin Covid-19. Menerusi hantaran di Instastory, pelakon itu sekali lagi mengulas isu berkaitan dos penggalak vaksin Covid-19. Seperti biasa, hantaran Rita mesti berbaur sindiran dankali ini dia menyindir golongan 'kuat vaksin' yang mulai merasakan ketidakwajaran mengambil lebih daripada tiga kali suntikan.
"Dah kecundang ke? Wajar tak wajar tolak tepi. Yang penting vaksin itu kan ikhtiar. Dulu bukan main lagi awak sanjung dan promote vaksin. Lepas tu awak sarankan kerajaan, stesen tv bagai boikot orang tak vaksin. Takkan dah tumbang kot? Bukan setakat empat tau tapi seumur hidup. "Tolong jangan kecundang. Awak kan ikon vaksin," tulisnya. Tambahnya, sepanjang dua tahun negara bergelut menangani kes Covid-19, situasi itu menyebabkan dia berkenalan dengan rakan baharu yang saling membantu. Sementara itu, ada antara rakan-rakan lamanya yang 'hilang' kerana mahu menjaga periuk nasi sendiri dan hanya kerana perbezaan pendapat. "Sekarang makin ramai pula yang hurung, 'kami sokong ampa', 'saya sebenarnya lama dah nak cakap suka perjuangan sis', 'saya pun sama macam awak'. Alahai... Jadi diri sendirilah. Kalau pendirian pun boleh tercicir, maruah apatah lagi," katanya. Rita tak bosan ke asyik bersuara isu sama? Apa pula pendapat ada? - CARI
|
laksmanabentan replied at 6-1-2022 06:18 PM
lepas di update dalam IG mesti dia rasa puas kannn...
self satisfaction gitu...
bungarose replied at 6-1-2022 06:20 PM
Terapi sheols meratib di medsoc
ADVERTISEMENT