CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pandai Kau Menyamar Jadi Rider Bang, Semata-mata Nak Curi Makanan Pelanggan!

6-1-2022 04:52 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2745| Komen: 8|Original author: Agent13k

Baru-baru ini, tular video di Facebook apabila seorang pelanggan memuat naik video memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai penghantar makanan.

Dalam video tersebut, dipercayai makanan yang ditempah menerusi satu aplikasi makanan dicuri oleh 'rider' berkenaan dengan mengambil makanan yang ditinggalkan diatas meja. 


kredit foto: Pos Cod

Difahamkan, kejadian yang dikatakan berlaku di Bukit Jalil itu bukan yang pertama kali berlaku. Malah, pencuri berkenaan dikatakan sudah melakukan perbuatan keji itu sebanyak tiga kali menggunakan taktik sama sehingga pelanggan terbabit naik muak.


Berang dengan tindakan keji lelaki itu, pelanggan berkenaan terus mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian dan dimuat naik di media sosial. 

Katanya, dia berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal pencuri itu dan membuat aduan mengenai kejadian.


" data-width="500">Loading FB Post...

Malangnya, syarikat perkhidmatan berkenaan memaklumkan nombor pendaftaran motosikal digunakan untuk mencuri tidak berdaftar dengan syarikat itu. 

Musibat betullah, buat hal masa orang tengah lapar! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:53 PM
Macam2 cara mencuri sekarang ni
Quote prettyuglybabe 6-1-2022 04:59 PM
beg grab tu pun sapa punya la kena rembat
Quote missyL 6-1-2022 05:37 PM
Pastu nk jual ke nk mkn tu.
Makanan pn nk curik. Patut order mknan soh ltk julap hahaha
Quote Meiizu 6-1-2022 06:12 PM
takmustahil ada sgt yg boleh ambil kesempatan.
kalau u ollss tengok org restoran akan letak 1meja khas utk grab/panda kat depan tu ..apa susah sambil lalu je sesapa pun leh pi ambik
Quote sambaldurian 6-1-2022 07:12 PM
Aah restoran pun x check pun no siri, awal2 letak kt meja depan. Yakin xde org nk curi mknn nnti jd darah daging gitu. Banjir aritu pun ada org amek kesempatan.
Quote Carcosa 6-1-2022 11:21 PM
Adoi mcm ni pun boleh. Masuk dlm perut ko kot.
Kang kalau anak degil, tak dengar kata, lembap, mcm setan, kau jgn terperah2 plk otak kau ya, pikir kenapa anak kau begitu.
Kalau kau single, bila satu satu jadi kat ko, hah jgnlah terfikir eh why eh bende2 ni jadi. Sah2 brg cekik kau brg curi.
Quote Cece1234 7-1-2022 01:08 AM
Meiizu replied at 6-1-2022 06:12 PM
takmustahil ada sgt yg boleh ambil kesempatan.
kalau u ollss tengok org restoran akan letak 1meja k ...


Itulah..kalo i order pickup mmg org kedai letak je longgok setempat..kite yg kena cek betul2 takut salah amik org lain pnye..dorg pun xde dtg kat i nak cek betul ke i ada order..mentang2 kalo pick up mmg dah byr siap2..
Quote Supersirap 8-1-2022 08:35 PM
Macam-macam teknik dan tips yang dilaksanakan pencuri ni, semoga dapat dihadapkan ke muka pengadilan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.060400 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top