CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Curi Papan Tanda Sejarah Green Ridge?

6-1-2022 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1884| Komen: 8

Polis menahan seorang penganggur pada Rabu kerana disyaki mencuri papan tanda informasi Perang Dunia Kedua ‘Battle of Kampar’ di Green Ridge di sini baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar daerah ini pada kira-kira 5 petang.



“Hasil soal siasat, suspek mengaku mula aktif mencuri besi-besi di tepi jalan sekitar Kampar sejak seminggu lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Beliau berkata, polis kini sedang memburu dua lagi lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai bersama-sama penganggur itu menjalankan kegiatan jenayah berkenaan.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, aset awam seperti papan tanda Perang Dunia Kedua ‘Battle of Kampar’ di Green Ridge itu sepatutnya dipelihara dan bukannya dicuri.

Beliau berkata, semua pihak perlu memainkan peranan memelihara aset-aset awam yang mempunyai nilai sejarah dan maklumat serta bermanfaat sebagai bahan rujukan generasi akan datang.

“Kerajaan Perak amat kesal dengan kejadian kecurian papan tanda yang disumbang oleh persatuan (Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG).

“Sepatutnya masyarakat perlu memainkan peranan bersama untuk memelihara aset-aset awam,” katanya kepada Bernama.



Kredit foto: Facebook Shaharom Ahmad

Pengerus MHG Shaharom Ahmad sebelum ini memaklumkan kepada Bernama pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang mencuri papan tanda tersebut, tanpa menghayati elemen dan nilai sejarah yang ada berkaitan pertempuran itu.

Beliau berkata kehilangan papan tanda informasi yang dipasang di Jalan Ipoh-Kampar itu disedari oleh ahli persatuan yang melalui kawasan tersebut Isnin lepas. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:33 PM
Curi buat jual kat kedai besi buruk ler tu besi macam tu tinggi harganya berbanding jual tin minuman.
Quote Kurex 6-1-2022 05:18 PM
Tahik dadih ke
Quote annehuda 6-1-2022 05:29 PM
kampar ni dulu ada perbalahan jugak dari segi sejarah, sbb ada yang claim nama Kampar tu asal dari perkataan cina ape ntah. padahal nama kampar tu mmg wujud dari zaman sultan perak yg pertama lagi kot
Quote Decaffeinated 6-1-2022 05:43 PM
annehuda replied at 6-1-2022 05:29 PM
kampar ni dulu ada perbalahan jugak dari segi sejarah, sbb ada yang claim nama Kampar tu asal dari p ...

bukan kerana dibuka oleh orang Kampar ka?


Quote sambaldurian 6-1-2022 07:14 PM
Adoyai org mcm ni la yg suka buat onar, ni sebaik papan tanda. Klu penutup besi lubang kumbahan ke, kabel letrik, kabel sensor ke
Quote Carcosa 6-1-2022 11:26 PM
Senang nye idop ko. Modal takpayah, terus dpt besi, jual. Kalau nak buat beli dadih, lagi double triple perangai harami
Quote xAthenax 6-1-2022 11:44 PM
Carcosa replied at 6-1-2022 11:26 PM
Senang nye idop ko. Modal takpayah, terus dpt besi, jual. Kalau nak buat beli dadih, lagi double tri ...


sewage dan drain cover dekat rumah kaka pun pernah kena angkut nah
jiran belakang kaka sekarang siap buat grille dekat meter air
paling benci cover drain hilang, anak sampai terjatuh waktu buka gate
desperate mendadih sampai menyusahkan hidup orang lain
Quote Carcosa 6-1-2022 11:46 PM
xAthenax replied at 6-1-2022 11:44 PM
sewage dan drain cover dekat rumah kaka pun pernah kena angkut nah
jiran belakang kaka sek ...

Meter air pun diorang boleh rembat ke kaka??
Musibat nye. Semoga tgh berdadih tu berhalusinasi tgh terbang ke bulan dan meneroka alam, padahal dia tgh terbang jatuh drpd tingkat 38 bangunan yach

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057901 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top