TikTok menyekat akaun seorang moderator kandungan setelah dia menyaman syarikat itu dengan mendakwa ia tidak menyediakan tempat kerja yang selamat dan melindungi kesihatan mentalnya.
Malah, tugasnya sebagai moderator menyebabkan dia kini berdepan gangguan stress pasca-trauma (PTSD) akibat terdedah dengan video keganasan, tembak-menembak, pemerkosaan kanak-kanak, penderaan haiwan dan seumpamanya sebagai sebahagian daripada tugasnya. Menurut tuntutan dikemukakan, Candie Frazie mendakwa TikTok gagal mematuhi protokol standard industri dalam penyelarasan kandungan. The Verge melaporkan, plantif menuduh TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, merosakkan psikologi moderator kandungan dengan menonton kandungan yang mengganggu kesihatan mentalnya. Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah California, Frazier berkata, dia bersama rakan-rakan sejawat menghabiskan 12 jam sehari menyelaraskan video yang dimuat naik ke TikTok untuk firma kontrak pihak ketiga iaitu Telus International. Katanya, pada masa itu dia menyaksikan ribuan keganasan melampau termasuk tembakan besar-besaran, pemerkosaan kanak-kanak, penderaan haiwan, kanibalisme dan pembunuhan beramai-ramai. Sementara itu, TikTok dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya, Hilary McQuaide berkata kepada The Verge bahawa pihaknya berusaha mempromosikan persekitaran kerja yang selamat untuk staf dan pekerja sementara mereka. "Pasukan Keselamatan kami bekerjasama dengan firma pihak ketiga dalam membantu melindungi platform dan komuniti TikTok serta menyediakan sokongan psikologi untuk moderator," katanya. Kesan daripada tugasnya menonton kandungan yang mengganggu dan tidak sesuai, Frazier mengalami trauma yang teruk termasuk kemurungan dan gejala berkaintan risau terlampau (anxiety) dan PTSD. Frazier juga sukar tidur malam kerana mengalami mimpi ngeri setiap kali terlelap dan sering berdepan serangan panik. - CARI
|
intan244: kalau x sesuai, cari kerja lai ...
ADVERTISEMENT