CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

Produktiviti Umat Islam Menurun Ketika Puasa, Betul ke?

1-7-2015 10:42 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 8887| Komen: 56


Artikel : Dean BZ
Video  : Loo Tung Seang, FirdausZ





Sesetengah orang berpendapat apabila tiba bulan puasa, produktiviti umat Islam akan sedikit menurun dari hari-hari biasa akibat keletihan berpuasa.

Seseorang yang berpuasa seharusnya lebih bersemangat serta berusaha memperbaiki diri ke arah keabaikan. Perlaksanaan puasa yang sebenar mampu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan berdaya saing. Jika kita singkap kembali sejarah kejayaan umat Islam terdahulu, semuanya bermula dalam bulan Ramadan.

Oleh itu, kita tidak boleh memberi alasan penat berpuasa, letih berjaga malam dan tidak cukup tidur  sebagai alasan. Semoga puasa yang kita jalani ini dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat. - CARI Infornet.




28

Bagus
26

Marah
48

Terkejut
39

Sedih
35

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (206 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 1-7-2015 11:08 AM
sstgh org cmtu.

ckp lemah tkde tenage..

tapi time turun param, ada tenaga pulak pi keliling tu..
Quote nicuya 1-7-2015 11:09 AM
sorry...yg aku dgr time perang tu x puase la...??
Quote obelisk 1-7-2015 11:10 AM
aku ok je joging 2km ptg semalam
Quote MeghanK 1-7-2015 11:10 AM
tak jugak sbb i rasa bulan puasa ni i buat keje laju sikit sbb nak kejar waktu balik..kan balik awal
Quote namirulmukminin 1-7-2015 11:15 AM
Kurang produktif dalam bab buat anak kot... Bab lain steady je...
Quote obelisk 1-7-2015 11:17 AM
nicuya replied at 1-7-2015 11:09 AM
sorry...yg aku dgr time perang tu x puase la...??

Aku mendengar daripada Dr MAZA di youtube, bahawasanya pada masa perang Rasulullah perintahkan sahabat2 baginda berbuka

Quote dragger 1-7-2015 11:18 AM
masuk pas zohor je mata dah kecik..



nak balik je segar balik bijik mata
Quote obelisk 1-7-2015 11:20 AM
nicuya replied at 1-7-2015 11:09 AM
sorry...yg aku dgr time perang tu x puase la...??

Artikel berkaitan...

BEBERAPA ISU HUKUM SEMASA PUASA (3)
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa?
Soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya.
Untuk menjawab soalan ini mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa’id al-Khudri:
“Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan buka puasa itu lebih kuat untuk kamu”. (Kata Abu Said al-Khudri) : “Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah”. (Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kewajipan maka kami pun berbuka.
Dalam Jabir r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda:
“Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Riwayat Muslim).
Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas di mana baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.
Ertinya dakwaan Nabi s.a.w menyuruh sahabat-sahabat berpuasa semasa perang adalah tidak benar. Para penceramah hendaklah berhati-hati ketika menyebut sesuatu fakta berhubung dengan Nabi s.a.w
Bolehkah berenang ketika berpuasa?
Seseorang yang berenang ketika berpuasa seperti nelayan ataupun bertugas sebagai perenang professional ataupun seseorang yang sengaja berenang untuk menyejukkan badannya TIDAK membatalkan puasa.
Cuma dia hendaklah mengawal semampunya agar air tidak masuk ke dalam perutnya. Tiada alasan untuk puasanya dianggap batal hanya kerana dia berenang dalam air.

Bahkan as-Syeikh Muhammad Salih Ibn Uthaimin pernah menyebut dalam fatwanya berenang itu mungkin boleh mencerdaskan dan meringankan beban ke atas seseorang ketika ibadah maka tiada larangan untuk itu.
Tujuan untuk menyejukkan badan ketika berpuasa bukan satu kesalahan. Menyejukkan badan ataupun mengurangkan dahaga dengan menyiram ke atas kepala air ketika puasa pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Patutkah musafir tidak berpuasa?
Para ulama berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika bermusafir; puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Ini kerana dalam hadis Jabir r.a tadi:
“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Riwayat Muslim).
Dalam hadis ini menunjukkan, jika tidak kerana bebanan ke atas para sahabah, tentu baginda terus berpuasa. Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.
Adapun jika puasa menjadi beban sehingga boleh membawa mudarat, maka seseorang wajib membuka puasanya. Nabi s.a.w melarang para sahabah berpuasa sehingga memudaratkan diri. Ini seperti hadis di atas yang mana Nabi s.a.w menyatakan bahawa mereka yang enggan berbuka puasa sekalipun telah menjadi bebanan kesusahan kepada diri itu sebagai menderhakai arahan atau teladan baginda s.a.w.

Dalam riwayat al-Bukhari:
“Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa?. Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir!”.
Maka hendaklah sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan kesihatan atau keadaannya, maka dia wajib membuka puasa dan menggantikannya kemudian.
Jika Nabi s.a.w menyuruh membuka puasa apabila bimbang mudarat atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah pasti dia lebih patut membuka puasa jika memudarat pihak-pihak lain. Ini seperti pemandu kenderaan awam yang jika mereka berpuasa menghilangkan tumpuan mereka dalam perjalanan seterusnya boleh mengundang kemalangan yang mengancam nyawa dan keselamatan penumpang, maka mereka hendaklah berbuka puasa. Jika ia tidak mengganggu tugas dan mengancam keselamatan awam, maka mereka tidak diwajibkan berbuka, namun mempunyai pilihan.
Mereka yang berbuka pada waktu Ramadan hendaklah menggantikannya kemudian.
Bolehkah yang uzur terus makan?
Para ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a:
“Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat al-Baihaqi).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh terus makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan walaupun mungkin haid ataupun sakit mereka telah berakhir sebelum waktu berbuka.
Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, tapi orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan.
Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor sakit dan musafir maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.


Quote nicuya 1-7-2015 11:20 AM
obelisk replied at 1-7-2015 11:17 AM
Aku mendengar daripada Dr MAZA di youtube, bahawasanya pada masa perang Rasulullah perintahkan sah ...

ha kan....aku dgr sblm dr maza..tp x igt la ustaz mne...hmm...
Quote nicuya 1-7-2015 11:21 AM
obelisk replied at 1-7-2015 11:20 AM
Artikel berkaitan...

BEBERAPA ISU HUKUM SEMASA PUASA (3)

owh...thanks
Quote Simunggu 1-7-2015 11:47 AM
memang betul..itu ada kenyataan nya...mungkin ada hikmahnya..Allah maha mengetahui...Allah bagi umat Islam berehat dlm bulan ini dan kerja kuat dilain bulan...sbb rehat pun penting...mesin pun kalau jalan terus cepat rosak...
Quote Modngengade 1-7-2015 11:48 AM
biasa2 jer....saper kate x produktif
Quote haryatie 1-7-2015 11:52 AM
biasa2 jerk..bukannya x pernah puasa..
da bertahun tahun puasa..
bg sesetengah org jerk kut, yg ada alasan..
itu pun tengok pd bidang kerja & tempat kerja
kalau setakat duk ofis dlm econ..
apa ada hal...
Quote jiwarasa 1-7-2015 12:29 PM

dok dalam aircond tapi letih mengalahkan orang berkebun

Quote sgbuloh 1-7-2015 12:31 PM
mana ada. tak betul lah.
Quote berun 1-7-2015 03:26 PM
makan banyak sikit pasti bertenaga sepanjang hari
Quote pinokio77 30-5-2016 07:40 AM
Sebagai umat islam kita dituntut agar berpuasa di bulan puasa yang penuh dengan keberkatan..berpuasa ini juga mengingattkan kite  kepada orang yang susah yang tidak cukup bekalan makanan.
Quote ultra78 30-5-2016 08:07 AM
MeghanK replied at 1-7-2015 11:10 AM
tak jugak sbb i rasa bulan puasa ni i buat keje laju sikit sbb nak kejar waktu balik..kan balik awal ...

Produktiviti la sangat.    

Setiap hari sebelum on pc aku minum kopi utk alert. Mcm manalah next week nanti.  
Quote kodokbawang 30-5-2016 08:11 AM
obelisk replied at 1-7-2015 11:10 AM
aku ok je joging 2km ptg semalam

amboi .riaknye ko............

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063366 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top