CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Budak 5 Tahun Mati Dilacur Ibu Durjana

4-1-2022 10:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3501| Komen: 32|Original author: tatod

Sumber: Daily Mail


Di Alabama, Amerika Syarikat, Kristy Siple atau dikenali sebagai Kristy Hoskins, 35, berdepan tuduhan culik, bunuh dan rogol, bunuh dan liwat serta pemerdagangan manusia terhadap anak perempuannya Kamarie Holland, 5.


Memetik laporan Fox 8, penyiasat mendedahkan Siple melaporkan kanak-kanak itu hilang dari rumahnya selepas mendakwa dia bangun awal pada 13 Disember dan mendapati anak perempuannya tiada di rumah dengan pintu hadapan terbuka.


Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati Siple telah bersetuju menerima bayaran daripada orang lain untuk melakukan hubungan seksual dan liwat dengan anaknya pada hari laporan kehilangan itu dibuat.


                                       Sumber: Mylifeofcrime

Siple dikatakan telah menjual Holland kepada Jeremy Williams, 37, yang mempunyai sejarah penderaan kanak-kanak.

Williams ditangkap pada hari sama Holland dilaporkan hilang sebelum didakwa atas jenayah bunuh selepas pihak berkuasa menemui mayat mangsa di sebuah rumah kosong didaftarkan atas nama lelaki terbabit.




Syerif Daerah, Russell Heath Taylor berkata, pihaknya berharap Williams turut didakwa atas kesalahan culik, bunuh dan rogol, bunuh dan liwat serta penghasilan pornografi kanak-kanak.


Pegawai penyiasat turut mengesahkan Siple berdepan dakwaan gagal hadir ke mahkamah atas jenayah berasingan melibatkan penggunaan bahan kimia berbahaya terhadap seorang kanak-kanak pada 2018.


Kes perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh masih berjalan. Bagaimanapun, tarikh sebutan semula kes belum ditetapkan.




Semoga keadilan dapat ditegakkan! - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 4-1-2022 10:36 AM
Malang btl kau dpt mak gini dik...
Maknya x laku jual anak plk
Hapa pny perangai la
Quote EJALTI 4-1-2022 10:48 AM
Kesiannya.....

Lahanat punyer mak...
Quote copy_paste 4-1-2022 10:55 AM
aduhh,nape la x buat hukuman potong pada lelaki pedo mcm ni
Quote Suchi 4-1-2022 12:21 PM
Ya Allah kesiannya budak tu, sampai mati dikerjakan oleh pedo tu.
Jahat gilaa pedo tu sanggup beli budak tuk dia dera sampai mati.
Mak tu plak mmg kejam gilaa[em:9:]
Quote keane.somewhere 4-1-2022 12:32 PM
Kasta Black patut la bodoh
Quote krustykrab 4-1-2022 12:36 PM
Omputih apa nk heran
Quote Artemesiaa 4-1-2022 12:38 PM
Bahaya kalau dapat mak gila macam ni.  Bukan kes pertama kalau tak silap dulu pun ada je kes lebih kurang sama dilapurkan.
Quote d_anne04 4-1-2022 12:40 PM
sebaya anak akak...
ni bukan setakat ibu durjana..ibu setan
Quote paz 4-1-2022 12:43 PM
Kasihanya. Apa gila lah mak dia ni.
Quote fealefea 4-1-2022 12:47 PM
cantiknye budak tu.
Quote Shazid 4-1-2022 12:58 PM
OMG!! kejam betul dua2...memang setannnn
Quote hareeeesah 4-1-2022 01:57 PM
Setannya… tengok la muka anak tu nampak such a happy kid weh sanggup ko kan..!! Semoga dihukum mati
Quote midori_katana 4-1-2022 02:24 PM
Tak mampu nak baca sampai habis! Kejamnya manusia!
Quote awanearisu 4-1-2022 04:08 PM
Sebaknya melihat gambar kenangan mendiang semasa hari pertama persekolahan beliau
Quote jijilaaa 4-1-2022 04:17 PM
buat video jual kat deep web le tuuu
Quote 3chanceno 4-1-2022 04:22 PM
Kesiannya baru 5 tahun Mak from hell

Tak dilaporkan berapa dia jual anaknya tu
Quote meteorspeed 4-1-2022 04:23 PM
Harap, mak dia mati cepat.. Ada gak lahir mak iblis mcm nie ek
Quote Straya 4-1-2022 04:27 PM
Cantik girl tu. Setan betul mak dia & jantan tu
Quote piep 4-1-2022 05:32 PM
tak guna punya mak. mana bapak dia ye, ke jagaan dapat kt mak lahanat ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.217034 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top