Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang menghidap cerebral palsy dihentak menggunakan objek keras dipercayai batu bata di bahagian kepala.
Video berdurasi 22 saat itu dikongsi menerusi laman sosial Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Kejadian dipercayai berlaku di Rumah Amal Murni, Kajang pada 15 Disember lalu berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsi oleh Ras Adiba. Ketika kejadian, mangsa sedang disorong menggunakan kerusi roda oleh seorang lelaki dan secara tiba-tiba datang seorang individu lalu menghentak kepala mangsa dengan sebuah objek kelihatan seperti bata sebanyak tiga kali.
|
BartholomewKuma: Ni kira kes oku penaboh oku la ...
Artemesiaa replied at 3-1-2022 06:35 PM
Mana pergi penjaga yang sepatutnya mengawasi mereka disitu
ADVERTISEMENT