CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Suka Wanita Manja Dan Pandai Nyanyi, "Andai Kahwin Lagi Semua Sebab Anak-Anak"

3-1-2022 04:12 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10837| Komen: 54|Original author: Oleh: Saiful

Description: Sejak Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas, tinggal Shuib seorang diri membesarkan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Sejak Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas, tinggal Shuib seorang diri membesarkan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.


Bagi melepaskan kerinduan, Shuib akan mendengar lagu dendangan arwah.

Foto: IG

“Sejak arwah tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membinasakan diri dengan mendengar lagu-lagu sedih.

“Tambahan, lagu-lagu arwah saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena marah di studio, reaksi dan senyumannya," katanya kepada Kosmo.



Walaupun mungkin terlalu awal cakap tentang jodoh, Shuib sentiasa terbuka.

“Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan."



Tambahnya lagi, “Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arwah ibunya.

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah."




Dalam masa yang sama Shuib mengaku suka wanita manja dan pandai menyanyi.

Semoga Shuib kuat dan jodoh segera datang untuk mengisi hatinya. Amin. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-1-2022 04:24 PM
terpaling meratap...sian anak-anak kena petik jadi alasan.. haha
Quote MisXoXo 3-1-2022 04:46 PM
Nti dh kawin kena hadap ayah arwah yg mcm nya duduk sekali.seremmm tgk muka gateyy FIL Shuib ni..ngeeer
Quote iolss 3-1-2022 05:12 PM
aiii.... br bape bln
Quote bedahmenjuyah 3-1-2022 05:18 PM
prince_marhaen replied at 3-1-2022 04:24 PM
terpaling meratap...sian anak-anak kena petik jadi alasan.. haha

Kan sbb cerita ni mcm dah berapa kali ulang. Muak baca.
Quote virgo19 3-1-2022 05:18 PM
Kesian arwah.. ko nak kawin, kawin je la senyap2 ib. Tak payah canang2 mcm nak cari calon je..
Quote pxlbb 3-1-2022 05:21 PM
Kot ye ponnnn

Memang la elok cari mak baru utk anak-anak tapi tak payah nak gigih sgt boleh. Naik meluat. Anak-anak tak minta mak baru pun, takde siapa boleh ganti mak kandung. Duh
Quote umbut 3-1-2022 05:37 PM
Baru 5 bulan bini xda cam 5 tahun dia punya ratap nak cari calon. Mengadanya.. Nak jaga ko, anak2 ko, pak mentua gatai lagi kena ngadap.. Ambikler maid urus umah. Budak2 dah besar. Yg kecil hantar nursery.. Kesian anak2 dijadikan alasan. Ada jodoh ada ler oooiii. Geli aku. Teringat arwah mustafa maarof.. Sampai akhir hayat tak kahwin2 walaupun hensem.
Quote ReginaGeorge 3-1-2022 06:03 PM
Hint hint nak bini barulah tu. Dah ada calon agaknya... Eeee gelinya perangai. Tanah arwah tu masih lembut.
Quote guesswho09 3-1-2022 06:20 PM
Dasar jantan mcm tu lah
Org pompuan elok je
besarkan anak lelaki pompuan
sorang2 tanpa suami
malu la haiii jantan
nak besarkan anak pun
tak mampu sorang diri
mesti nak ada bini jgk ke
Quote makadek 3-1-2022 06:21 PM
Konek dh merenyam ke
Tk pernah mis cite dia ni kt fb
Macam la dia je terpaling duda
Puikkkkk

Quote anggeriklatifah 3-1-2022 06:35 PM
mcm dah ada jer tu
Quote rain2169 3-1-2022 08:57 PM
macam-macam syarat....
syarat shuib, syarat maknya...
awat.... berebut-rebut ke pompuan yang nak kawin dgn dia?
Quote kitmal 3-1-2022 09:33 PM
ni sorang lagi attention seeker..mesti up kan cerita takut orang tak ingat
Quote irish_ieka 3-1-2022 09:40 PM
tk habis2 la utk anak utk anak. ngaku jelah hang yg nk?
Quote gideoncross 3-1-2022 09:44 PM
irish_ieka replied at 3-1-2022 09:40 PM
tk habis2 la utk anak utk anak. ngaku jelah hang yg nk?

Aiol ingtkn iol sorg je yg dh mluat psl dia ni, rupa2nya ada lgi kat forum Cari ni trmsuk uol yg ikut mluat tpi mmg btul apa? Xkn lah budak2 tu yg nak mlainkn c bapak.
Quote gideoncross 3-1-2022 09:45 PM
makadek replied at 3-1-2022 06:21 PM
Konek dh merenyam ke
Tk pernah mis cite dia ni kt fb
Macam la dia je terpaling duda

Klau prmpuan yg crita psl bnda camni, msti kna kutuk tpi klau llaki yg up, kmain lgi mcm suami mithali gitu, haktuih.
Quote Suchi 3-1-2022 09:45 PM
Besar dah baby tu, kejap waktu berlalu. Kadang rasa mcm tak percaya dah takde.
Quote gideoncross 3-1-2022 09:47 PM
guesswho09 replied at 3-1-2022 06:20 PM
Dasar jantan mcm tu lah
Org pompuan elok je
besarkan anak lelaki pompuan

Agknya kehendak batin msti d lepaskan jugak.
Quote gideoncross 3-1-2022 09:48 PM
Edited by gideoncross at 3-1-2022 09:49 PM
umbut replied at 3-1-2022 05:37 PM
Baru 5 bulan bini xda cam 5 tahun dia punya ratap nak cari calon. Mengadanya.. Nak jaga ko, anak2 ko ...

Bruntung jdi istri arwah Mustafa Maarof yach, smpai bila2 ttap d sygi oleh suami. Hrp2 iol pun akn brtemu dgn calon suami yg akn mnyayangi iol smpai bila2 jugak nnti, Amin2 YRA.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.284832 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top