CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ditikam Kantoi Berasmara Dengan Kekasih Gelap Ketika Suami Kerja

3-1-2022 04:36 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4281| Komen: 33|Original author: Cinta Erina

Description: Kisah Viral Di Indonesia Di Mana Seorang Wanita Ditikam Oleh Suaminya Gara-Gara Kantoi Berasmara Dengan Kekasih Gelap Ketika Suami Pergi Kerja
Sumber: Instagram Andreli_48


Hati suami mana tidak hancur dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa isteri tersayang berlaku curang dan sedang berasmara dengan lelaki lain di belakangnya?

Kes yang hangat diperkatakan ini terjadi di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia di mana seorang suami bertindak di luar kawalan dengan menyerang pasangan tersebut menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Memetik laporan Suara.Com, suspek dikenali sebagai Antok Pamuji yang merupakan seorang peniaga kain di Kutai Barat. 

Difahamkan, Antok jarang sekali pulang ke rumahnya di Bandar Tenggarong berikutan mencari rezeki dan terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah.




Walau bagaimanapun, Antok mula mengesyaki tindakan isterinya yang dikatakan berlaku curang berikutan sering bermain telefon bimbit dan enggan memberikan telefonnya apabila diminta oleh Antok. 

Sehinggalah satu hari, suspek nekad menyiasat aktiviti isterinya secara rahsia dengan berpura-pura pergi bekerja pada hari kejadian.

Namun, dia ketika itu masuk semula ke dalam rumahnya melalui pintu belakang dan bersembunyi di atas siling.

“Selepas dua jam rupa-rupanya terjawab segala teka-tekinya…”

Teka-teki yang bermain di kepala suspek selepas dua jam menunggu akhirnya terjawab berikutan suspek mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai K masuk ke dalam rumahnya dan melakukan hubungan intim bersama isterinya.


Gambar hiasan
Sumber: Google Image

Tidak tahan melihat kejadian itu, Antok turun ke bawah dan memecahkan pintu bilik tidur menggunakan pisau pemotong daging.

Suspek didakwa menghayunkan pisau pemotong daging ke arah K yang ketika itu sedang berlari dalam keadaan berbogel. 

Menurut laporan, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah kerana ditikam berkali-kali dan mengalami luka di bahagian pingang dan tangan kiri.

Manakala, keadaan isterinya yang turut ditikam masih belum diketahui dan suspek telahpun menyerah diri kepada pihak polis. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-1-2022 09:09 PM
Yang ini baru betul kantoi. Siap vogel lagi.
Quote musangbodoh 1-1-2022 09:11 PM
masuk penjara jd taiko
Quote Suchi 1-1-2022 09:26 PM
Sampai 2 jam dia duk atas siling jadi cctv.
Quote Punat_button 1-1-2022 09:37 PM
Hanapi sikat tepi senyum sinis

Quote BartholomewKuma 1-1-2022 09:54 PM
Betina lagu ni orang panggil belen
Quote edayildiz 1-1-2022 09:57 PM
sedihnyaaaa..nape sgup curang..kalau xsuka dh blh jer kan mitk cerrrrrrrr..even nk curang ngn bf pun takut...membuatkn laki org pencurang ok la jgk
Quote angelofish 2-1-2022 07:45 AM
cash buat si bini sial
Quote anakkerengga 2-1-2022 08:00 AM
Better lah dia ceraikan bini dan tunjukkan isteri curang dkt mahkamah… lelaki bukan susah pun nak cari bini baru… dia pun loser skrg terpaksa meringkuk dlm penjara
Quote stingerprunes 2-1-2022 08:04 AM
edayildiz replied at 1-1-2022 09:57 PM
sedihnyaaaa..nape sgup curang..kalau xsuka dh blh jer kan mitk cerrrrrrrr..even nk curang ngn bf pun ...

macam cik kiah jiran rumah sebelah mak pak ko, buat pak ko curang dgn mak ko kewww?

kahkahkahkahkah
Quote stingerprunes 2-1-2022 08:05 AM
angelofish replied at 2-1-2022 07:45 AM
cash buat si bini sial

normabaru.......
Quote kakikuDibibirmu 2-1-2022 08:44 AM
Haaa... tikam... tikam....

Ti.jpg
Quote BartholomewKuma 2-1-2022 08:46 AM
kakikuDibibirmu replied at 2-1-2022 08:44 AM
Haaa... tikam... tikam....

Kah kah kah tobat lawak aihhh
Quote jazaa100 2-1-2022 12:07 PM
Friskie takkn masuk kat thread ni.....
Quote hareeeesah 2-1-2022 03:10 PM
jazaa100 replied at 2-1-2022 12:07 PM
Friskie takkn masuk kat thread ni.....

Hal negara dia tak penah nak bukan thred pulak kan
Quote 3chanceno 2-1-2022 03:24 PM
Nie baru Cash & Go gamaknya

Kes terlebih makan jamu sudahnya
Quote I.K.A888990 2-1-2022 03:24 PM
yg si bini pun mintak je la cerai kalau dah benci sgt.
nasib kau la kena tikam
Quote zuuu 2-1-2022 04:49 PM
Suami dia xleh tahan emosi,kalo dia leh control emosi buat plan tngkap bini dia ngan scandal tu,ajak org2 kampung jadi saksi,tangkap dyorg red handed,terus ko lafaz cerai talak 3 terus halau pompuan tu ngan scandal dia kuar...start a new life,aman2 ko leh cari pompuan lain
Quote jazaa100 2-1-2022 06:00 PM
zuuu replied at 2-1-2022 04:49 PM
Suami dia xleh tahan emosi,kalo dia leh control emosi buat plan tngkap bini dia ngan scandal tu,ajak ...

Kau nk bg nasihat mcm ni kat indon.....
Memang tak lut nya....

Bdn dorang wlupun kemetot, tapi ego tinggi kemain....kat sini klu lelaki berckp dgn bini dia pun, disabitnya perut sampai terburai......
Quote tikusmontok 2-1-2022 06:51 PM
Friskai garit babu jusa c minus dah masuk blom?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.078434 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top