CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS Pilih Bulu, Satelit Elon Musk Hampir Langgar Stesen Angkasa Lepas China

30-12-2021 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3426| Komen: 25

Ketegangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bagaikan tiada berkesudahan apabila Beijing menuduh Washington sebagai ‘cuai’ dan ‘hipokrit’ susulan insiden satelit SpaceX milik bilionair, Elon Musk yang hampir melanggar stesen angkasa lepas China, Tiangong baru-baru ini, lapor laman berita RT semalam.


Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, negara itu telah membuat aduan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai dua insiden tersebut dan menggesa AS segera melakukan langkah agresif bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku lagi.


Stesen angkasa lepas China, Tiangong
Kredit foto: Getty Images

“AS sering mendakwa bahawa mereka adalah satu kuasa yang kuat dan mengamalkaan konsep ‘sikap bertanggungjawab di angkasa lepas’.

“Bagaimanapun, mereka dilihat mengabaikan sikap tersebut, bahkan mengancam keselamatan para angkasawan kami. Ini merupakan satu tindakan pilih bulu,” katanya dalam satu sidang akhbar, semalam.

Selain itu, Lijian turut menggesa Washington untuk melaksanakan langkah-langkah segera bagi mencegah insiden seumpama itu daripada berulang.

“Mereka perlu bertanggungjawab untuk melindungi angkasawan serta memelihara kemudahan-kemudahan di angkasa lepas bagi memastikan operasi yang selamat.

“Washington perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti antarabangsa di angkasa lepas yang dilakukan oleh syarikat swasta (dari AS),” tegasnya.


DUA satelit Starlink milik SpaceX hampir melanggar stesen angkasa lepas China sebanyak dua kali pada tahun ini. – SpaceX

Beijing pertama kali membuat aduan kepada PBB awal minggu ini dengan mendakwa dua satelit Starlink milik SpaceX hampir melanggar stesen angkasa lepasnya sebanyak dua kali pada tahun ini, iaitu pada Julai dan Oktober lepas.

Insiden itu memaksa Tiangong untuk melakukan pergerakan drastik bagi mengelak pelanggaran tersebut.

Delegasi PBB China berkata, satelit-satelit tersebut berisiko mengancam nyawa dan kesihatan angkasawan sekiranya keadaan itu gagal dikesan.

Meskipun SpaceX mendakwa bahawa satelit miliknya dilengkapi dengan teknologi pencegahan pelanggaran automatik, ia tidak dapat meyakinkan China yang bertegas meminta jaminan lebih baik daripada syarikat penerokaan angkasa lepas itu dan rakan kerjasamanya di AS.

Tiangong merupakan pencapaian terbaharu dalam usaha China untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas selepas Beijing mendaratkan kenderaan penerokaan di Planet Marikh dan menghantar kenderaan serupa ke Bulan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ufc148 30-12-2021 07:47 PM
di malaysia.. sejak dari dulu lagi org islam diajar baca alquran untuk dpt pahala
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 07:55 PM
Mai sini aku nak boh komen seketui dua pasai ni na.. jarang2 orang dok ambik tau pasai space stesen Xi hat china ni.

China ni kan dari ataih darat sampai la ke ataih langit nun depa dok claim dok provok nak cari pasai buat modai belaga kepala angin.

Yang tak tau, aku habaq mai..
SpaceX elon musk tu dah isi borang hat nak mintak kebenaran nak nek pi dok ataih angkasa pada spesifik latitude untuk orbit bumi tu dah bertahun2 dulu lagi la weiiii. Dalam 2 taun lebih dulu Starlink SpaceX ni dah dok ataih orbit dia dulu. Hampa kena ingat na! Depa hat apply dan nek dok ataih dulu.

China pulak masa depa nak bawak nek Xi depa tu masa tu depa MEMANG SEDIA TAU pun planned constellation Starlink dah sedia ada.

Awat tiba2 hari ni depa dok kata Starlink tu dok bagi bahaya kat depa punya angkasawan kat dalam Xi pulak? Kan dok nampak nak cari pasai tu?

Aku dok perati dok tenang tenang pa nama dia space station hat China ni sengaja dok cari pasai ka pa ka dok jadi geram dengan perangai depa ni.
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 07:56 PM
Edited by BartholomewKuma at 30-12-2021 07:59 PM

Pada aku la kan hat sekolah atap kampung bodo ja ni, masa china nak bawak nek Xi haritu depa memang dah sedia maklum pon, dah tu awat depa pi boh jugak kat latitude tu? Ada dua sebab la aku rasa,

Pertamanya aku dok rasa memang china xdak upaya nak bawak nek Xi ni ke orbit yg lebih tinggi due to insufficient capacity of their longmarch rocket. Depa xboleh nak buat roket hat lagi padu baq hang.

Kedua aku dok tenang kata depa memang sengaja nak buat provok pasai tu depa boh kat latitude orbit hat lebih kurang sama.

Hampa kena ambik kira juga lah wei, tujuan elon bawak nek Starlink tu pasai nak bagi kemudahan internet tanpa sekat sekat pada kawasan hat paling remote didunia. Contoh hampa tercampak kat mana2 pulau ka pa ka jadi hampa tetap buleh dok buka cari forum lagi.

China pandang benda ni supa ancaman kat depa pasai secara tak langsung rakyat depa pun buleh dok pi akses internet takdak blok ni. China as we know depa memang dok blok benda2 hat depa rasa tak sekepala dengan cara depa. Jadinya konten2 internet hat depa blok, rakyat depa buleh pi akses guna starlink spaceX.

Ketiga, aku dok rasa memang China nak provoke pasai China memang tau pon kat orbit Xi depa tu ada berpuluh puluh satelit negara len. Ni hat esok lusa ni, amazon pun nak hantaq pi nek satelit depa sendiri na.

Jadinya, depa dah tau awai2 wei hal altitude SpaceX Starlink, awat depa sengaja dok pi boh space stesen Xi depa sama dengan elon punya? Boh la tinggi lagi, ataih sikit dari stesen hat sedia ada ka, bawah sikit ka pa ka. Pa benda kepala bana semua ni nok harom. Org kampung aku kata butoh pak hang.
Quote mbhcsf 30-12-2021 08:25 PM
i kan secara peribadi tak suka spaceX tu sebab , dah baca keluhan para pencerap bintang - astronomers , habis pandangan malam pencerapan depa spoilt sebab satellite space X ni.

ganggu betul.
https://www.space.com/astronomer ... -megaconstellations
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 08:35 PM
Edited by BartholomewKuma at 30-12-2021 08:38 PM
mbhcsf replied at 30-12-2021 08:25 PM
i kan secara peribadi tak suka spaceX tu sebab , dah baca keluhan para pencerap bintang - astronomer ...


Ha la, bukan seketui dua dia pi boh kot ataih nun. Sampai 1700 ketui baq hang. Untuk gen2 akan dtg esok lusa ni depa plan nak penuhkan langit dengan 30,000 ketui lagi. Mana orang tak hingaq.
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 08:42 PM
https://youtu.be/ytUygPqjXEc
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 08:43 PM
Lagu mana nak boh video pun aku tak tau aih. Tempek ja la link bagi kat hampa na
Quote pyropura 30-12-2021 08:51 PM
Napa lah tak mampos meletop berkecai je China komunis geng UMNO nih
Quote Itzy 30-12-2021 09:27 PM
patutnya yang meletup berkecai ni ialah yahudi zionist geng anak yahuza laknat. Depa ni la yang dok sebar covid 19 macam2 varian la ni sebab nak sambut dajjal. Vila covid tersebar, unat islam takleh gi masjid, azan pun dah bertukar ayat dan makna. Maka boleh la dajjal tuhan yahudi laknat ni keluar dengan senang hati sebab umat islam pun dah tak solat jemaah rapatkan saf dan azan pun dah berubah ayat bila covid menyerang kena azam suruh solat kat rumah. Syok la si dajjal keluar tanpa tentangan umat islam yang makin lemah perpaduan dan iman akibat solat jemaah jarak2.
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 09:44 PM
Hampa sampai ka umno yahud pa bala suma bagai nak bagi mampuih. Hahahaha
Quote Dwdrum 30-12-2021 10:03 PM
BartholomewKuma replied at 30-12-2021 03:56 AM
Pada aku la kan hat sekolah atap kampung bodo ja ni, masa china nak bawak nek Xi haritu depa memang  ...

Pekat nyaaaaaaa
Quote umbut 30-12-2021 10:03 PM
Dah ada lobai pulak dlm ni
Quote BartholomewKuma 30-12-2021 10:58 PM
Dwdrum replied at 30-12-2021 10:03 PM
Pekat nyaaaaaaa

Layman terms cara org kampung mcm aku ni pekat la sikit no. Maap bebanyak la na kalu ada hat ter pekat tu
Quote mbhcsf 30-12-2021 11:18 PM
China macam tak kisah kan yg NASA lancarkan the James Webb  space telescope, lepas Hubble and Spitzer Space telescope.
https://www.jwst.nasa.gov/conten ... s/WebbFactSheet.pdf
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 12:45 AM
Edited by BartholomewKuma at 31-12-2021 12:49 AM
mbhcsf replied at 30-12-2021 11:18 PM
China macam tak kisah kan yg NASA lancarkan the James Webb  space telescope, lepas Hubble and Spitze ...


JWST kija dia bukan nak spy kat orbit cik kak. Dia nak pi spy alien outer space sana nun. Depa dah bawak nek masa hari raya depa haritu.

Hubble hat dah lepaih pi mana hala tadah dah kita tak tau, last aku dengaq dia dah lepaih orbit pluto dah keluaq dari sistem solar dah pun. Redio transmit hat dok hantaq gambaq2 pa bagai ni belum sampai lagi kat nasa, jadi kita xtsu lagi kabaq berita dari dia lagu mana. Kot dah kena telan mahluk asing ka pa ka kita pun tak tau nak habaq.

JWST lagi besaq dari hubble, dia punya solar pane baru jah dok buka lepaih lancaq nek ritu kata ada problem sikit. Tapi dah ok. (Rujuk iflscience.com). Bukaan cermin teleskop hat nak tangkap gambaq yg nak kumpul cahaya mai masuk dalam cip gambaq ni 7 kali lagi besaq dari hubble. Jadi dok harap kot3 lagi buleh ambik gambaq hd clear la lepaih ni.

Ingat dak masa hubble lintaih jupiter, aku suka pakai nama melayu ja musytari, tu pun dah lawa gambaq dia bagi. Gambaq asai sebenaqnya huduh ja. Teknologi kita hari ni hat pi bagi ejaih gambaq pi jadi lawa. Ni hat JWST ni xtau nak habaq la lagu mana esok ni. Mai mai sampai kat depan mata dah sedia hd la kot na.
Quote dua_chzy 31-12-2021 12:47 AM
Dwdrum replied at 30-12-2021 10:03 PM
Pekat nyaaaaaaa

Tapi saya faham.
Quote dua_chzy 31-12-2021 12:48 AM
Itzy replied at 30-12-2021 09:27 PM
patutnya yang meletup berkecai ni ialah yahudi zionist geng anak yahuza laknat. Depa ni la yang dok  ...


Dalam ko kutuk2 Yahudi dajal penyebab Covid hapa segala, hadap juga cocok vaksin Yahudi kan.
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 12:57 AM
dua_chzy replied at 31-12-2021 12:47 AM
Tapi saya faham.

Hang bukan ka org sabah ka srawak ka. Belah mana pun aku xtau. Lagu mana hang buleh paham. Ka hang dok bekawan dengan puak2 anak mami ka anak mamu penang ka hat cakap smbil kepala teleng pusin pusin juga?
Quote dua_chzy 31-12-2021 01:02 AM
BartholomewKuma replied at 31-12-2021 12:57 AM
Hang bukan ka org sabah ka srawak ka. Belah mana pun aku xtau. Lagu mana hang buleh paham. Ka hang ...


Akak quite good at language learning, MN ntah siapakah.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060724 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top