CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Misi Bantuan Tak Nak Bayar Tol, Macam Mana Tu?

27-12-2021 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5734| Komen: 45

Tular video beberapa individu bertengkar dengan dua pekerja di sebuah plaza tol disebabkan enggan membayar tol.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, mereka dikatakan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta untuk dikecualikan dari membayar tol.



Tangkap layar video memaparkan beberapa indivudu yang didakwa enggan membayar tol untuk misi bantuan.

Selain itu, pekerja tersebut memaklumkan tiada pengecualiaan pembayaran tol bagi setiap individu yang melalui laluan lebuh raya melainkan beberapa agensi yang telah ditetapkan.

Video tersebut berjaya mendapat perhatian orang ramai yang turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Bayar tol tetap kena bayar, ingat nak percuma sahaja,” kata Adrin Derin.

“Bajet duit tol ada, tapi tak nak guna dengan alasan misi bantuan, kami yang kerja kerajaan pergi misi bantuan pun kena bayar tol, lagi-lagi sukarelawan,” kata Tuan Riz.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang turut mencadangkan agar pembayaran tol dikecualikan bagi tempoh sekarang ekoran ramai yang ingin merentas negeri dan sebagainya untuk membantu mangsa banjir.

“Musim bencana banjir ini, bagi la bayaran tol percuma sebagai tanda membantu sesama rakyat,” kata Ujang Md. Noh.

“Apa kata beri pengecualian bayaran tol bagi negeri-negeri yang terlibat banjir, tiga hari pun sudah cukup,” kata Oren Tokman. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 27-12-2021 03:03 PM
Tol tetap bayar..mcm masuk kedai kopi minum lepas letih kerja, mesti mau bayar kan?
Quote kemaruk 27-12-2021 03:03 PM
Yang ni bangkem setuju, negeri2 terlibat banjir, kecualikan tol untuk badan berdaftar yang nak beri bantuan

Tapi sekarang belum ada lagi pengecualian ni, jadi bayar jela.. jangan pulak pandai2 buat peraturan sendiri.. niat tidak menghalalkan cara..

Tol percuma cuma 22 bulan je sepanjang pemerintahan PH dulu.. bila PN rampas balik tol terpaksa dibayar semula
Quote Kurex 27-12-2021 03:05 PM
sengkek ke... dari risaukan mangsa banjir tu, baik uols kesiankan diri tu, duit tol pn takde. naik hilux van ke, kumpul la duit sorang tong2 minyak & tol... ke korang datang sana demi content ? mencuri???
Quote exclusive_vvip 27-12-2021 03:10 PM
tu psl I ada cakap kat benang manatah, sukarelawan2 pun jangan fefeeling holier than thou sgt lah…tapi, pada yg betul2 n x judgemental tu, I doakan uols dipermudahkan segala urusan..
Quote clarizsa 27-12-2021 03:12 PM
Eh ngada ngada plak ye
Bayar je lah ish ish
Quote FOTHER-MUCKER 27-12-2021 03:14 PM
Buat malu sahaja.
Quote zehra2 27-12-2021 03:17 PM
tkde sapa paksa jd sukarelawan.  ikut la peraturan
Quote Thunderclouds 27-12-2021 03:31 PM
Malaysian ni aneh2 ja
Quote slavehunter 27-12-2021 03:32 PM
Yang ni kelakar.
Quote che-cikL 27-12-2021 03:36 PM
Mengada2, org lain nak volunteer, dia pun nak. Pastu bodoh tu ditayang3 pulak
Quote che-cikL 27-12-2021 03:39 PM
Kalu ye nak minta free kut kan, bukannya terjah kat toll gate gitu. Buat lah paperwork sikit, minta dgn authorised representatives syarikat toll tu. Mungkin boleh dapat prepaid card ke hapa ke?

Tolol= taknak bayar tol
Quote Skuau 27-12-2021 03:42 PM
Edited by Skuau at 27-12-2021 04:03 PM

Sb tu la orng pesan...'buat baik berpada pada'...kan dah kena cerca...cuba la duk umh main game....jer..mmm....
Quote alzan 27-12-2021 03:42 PM
ada 2 pilihan....
1. cucuh bontot keta lain masa nak lalu palang tol
2. langgar je palang tol tu
Quote Buritan 27-12-2021 04:07 PM
Ustad aku pernah ckp dgn aku.. kalo awak nak pemimpin yg baik awak kena baik dahulu.. bila ibgat ckp ustad aku ni dan relate dgn situasi srmasa emmm patutlaa.. rkyt pun jahat.. patut Allah turun peminpin yg jahat.. Allah turun bala pun rkyt masih lagj jugak jahak
Quote Buritan 27-12-2021 04:08 PM
che-cikL replied at 27-12-2021 03:39 PM
Kalu ye nak minta free kut kan, bukannya terjah kat toll gate gitu. Buat lah paperwork sikit, minta  ...

Tu laa.. budak jaga tol tuu cuma kuli jahh.. bkn dia tahu ape pung
Quote Lagubestbest 27-12-2021 04:10 PM
Ingat turun KL boleh jalan-jalan free le tu. Sekali masuk KL pergi hotel bayar tol. Turun hotel pergi tempat banjir tol. Dah penat balik hotel tol. Malam nak lepak KLCC tol. Esok pagi nak g tempat banjir lagi.. tol.
Quote cap_ayam 27-12-2021 04:13 PM
lembah klang ni mana2 pegi memang kena tol orang luar tak tau kot
Quote lipans 27-12-2021 04:14 PM
Buritan replied at 27-12-2021 04:07 PM
Ustad aku pernah ckp dgn aku.. kalo awak nak pemimpin yg baik awak kena baik dahulu.. bila ibgat ckp ...

Ni aku agree.

Kita duk marah pemimpin korup dll, padahal rakyat sendiri bila diberi kesempatan akan korup juga.


Quote mikasa 27-12-2021 04:17 PM
Mohon share nombor plet kenderaan yang tak nak bayar tol

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.275138 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top