CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Mati Lemas Dalam Kolam Renang Ibu Leka Main Telefon

27-12-2021 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2395| Komen: 5

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas di sebuah kolam renang di Probolinggo, Jawa Timur ketika ibunya leka bermain telefon bimbit.


Kejadian berlaku pada Jumaat lalu ketika mangsa dan ibu bapa serta adiknya pergi kolam renang tersebut untuk beriadah.

Setibanya di kolam renang itu, mangsa dan adiknya bermain di kolam renang kanak-kanak sambil diperhatikan ibu bapa mereka, selain terdapat pengawal kolam yang memerhati.


Gambar hiasan

Selepas itu, bapa mangsa mahu ke tandas dan meminta isterinya memerhatikan anak-anak mereka dan tanpa pengetahuan mereka, mangsa masuk ke dalam kolam renang dewasa.


Ibu mangsa ketika itu leka bermain telefon bimbit dan tidak perasan jika anaknya sudah masuk ke dalam kolam renang dewasa.

Keadaan itu hanya disedari apabila pengawal kolam menjerit ada orang lemas dan dia segera terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa.

Ibu mangsa terkejut dengan keadaan itu dan anaknya berjaya dibawa keluar dari kolam, namun keadaannya kritikal menyebabkan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital.

Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kolam berkenaan ditutup sementara untuk diperiksa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pakuniran, Tavip berkata, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibunya yang leka bermain telefon dan dia serta suaminya diminta untuk membuat surat yang menyatakan mereka menerima kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah.

 
Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-12-2021 03:06 PM
mandulkan jah mbak ni
Quote Adrif 27-12-2021 04:38 PM
macam kes kat China dulu. padahal jarak beberapa kaki je dari mak dia.

tapi maknya mata melekat tengok skrin phone. anak dah mati lemas pun tak perasan
Quote cmf_premierleag 27-12-2021 04:40 PM
cash lah
ni spesis mak pak yg harapkan org lain yg tlg tgk anak depa ms swimming kt adult pool
akak bolayan jah
org nak swimming sbb nk berenang utk kesihatan mcm tagline mjlh mangga tu.bukan nak jaga anak ko
Quote faraway1 27-12-2021 04:43 PM
Mesti bercerai kemudian...

Duk salah satu sama lain, kemudian mak rasa bersalah sentiasa..
Quote mama_cat 28-12-2021 07:56 AM
sejenis tggal anak, expect org2 kt situ tgkkan... selalu ja jumpa kat pool.. last2 kita yang letih sbb jadi chaperon anak org.. nak tggal risau... laki aku ngan aku, kalau bawak anak pi pool, beach ayaq terjun, mmg dua dua turun, tak sempat nak bergambar ka apa.. phone,camera semua dok dalam kereta ja,,

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.645977 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top