CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Dibesarkan Di MINDEF, Untuk Apa Saya Nak "Kutuk" ATM? - Harith Iskander

27-12-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4987| Komen: 37

Pelakon dan pelawak popular, Harith Iskander, 53, memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tindakannya mempersoalkan peranan pasukan keselamatan itu dalam membantu mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor, baru-baru ini.


Harith berkata, kenyataannya yang dimuat naik di Twitter itu sudah menimbulkan salah faham banyak pihak dan dia memohon maaf atas tindakannya itu.


Kredit foto: IG Harith

"Minta maaf kalau 'tweet' saya menyinggung perasaan. Untuk penjelasan, waktu itu saya berada di 'ground zero' dengan bot sendiri dan sempat menyelamatkan 12 orang yang terperangkap.


"Bomba, polis, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ada. Dengan ikhlas saya tanya mengenai ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan," kata Harith menerusi penjelasan di Instagram.



Harith berkata, ketika itu dia bertanya mengenai fungsi anggota ATM kerana pada ketika itu bilangan pasukan keselamatan membantu mangsa banjir masih kurang.

"Melihat semula apa yang saya luahkan ketika itu mungkin kurang jelas sehingga menimbulkan salah faham. Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak anggota tentera pada waktu itu dan tempat saya turun padang di empat lokasi saja.

"Penduduk dan anggota bomba yang saya jumpa di sana pun mengesahkan kepada kami yang ATM belum sampai lagi pada waktu itu. Saya tidak sekali pun bertanya kenapa ATM tidak terbabit langsung atau pun berkata mereka tidak bertugas langsung.

"Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini, saya sudah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi sumbangan dan juga membantu mangsa banjir di Kelantan tahun lalu," katanya.



Harith berkata, dia memang amat menghormati ATM apatah lagi Allahyarham bapanya, Kolonel Musa Mohamed juga anggota ATM dan pernah bertugas ketika era pemberontakan pengganas komunis.

Terdahulu, Harith membuat kenyataan di Twitter mengatakan dia tidak melihat anggota ATM berada di kawasan yang terjejas seperti Shah Alam, Banting dan Hulu Langat ketika hari pertama banjir melanda.

Katanya, kenderaan Amphibia adalah kemudahan yang amat diperlukan dalam misi menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBiru 27-12-2021 03:01 PM
Eleh bukan satu tweet ni ja yang persoalkan pihak berkuasa Malaysia. Joke bodoh dia atas pentas pun banyak kali dia bahankan pihak berkuasa jugak.

Try hard sangat mamat ni nak nampak belong to urban and socialite group.
Quote exclusive_vvip 27-12-2021 03:02 PM
oh camni rupa ayahnyer..kadang2 dlm show dia,dia suka mention psl arwah ayah dia kolonel..ala2 humble brag skit la..hihi
Quote cheezel 27-12-2021 03:03 PM
Saya putarrr halim
Quote Kurex 27-12-2021 03:19 PM
tapi dia tak lawak pun....
Quote ekselen 27-12-2021 03:22 PM
Kan dah kena explain pnjg2..lainkali xyah ringan sgt mulut tu...dok koooooomplen je kejanya...pdhal peranan atm ka bomba ka ngo ka byk la dilihat bkn kat satu2 kwsn...memadailah membantu seikhlas hati spt abg viva..xde nk bising2.. Tau2 dah selamatkan ramai mangsa banjir...buat la keja ngan kaki dan tangan bkn mulut je terlebih2...
Quote mamajawie 27-12-2021 03:28 PM
oh..bapak melayu rupanya
Quote miemiecha 27-12-2021 03:38 PM
simple : bodo
Quote Gianna111 27-12-2021 03:40 PM
exclusive_vvip replied at 27-12-2021 03:02 PM
oh camni rupa ayahnyer..kadang2 dlm show dia,dia suka mention psl arwah ayah dia kolonel..ala2 humbl ...

99% dari show beliau harus mention pasal pangkat dan pekerjaan ayah dia sis..naik muak i
Quote stingerGV8 27-12-2021 03:42 PM
Ko tak nampak bukan bermakna mereka tak jlnkhen tugas dan amanah...bukan macam ko, berjaya selamatkheun 12 mangsa pun nak kena upload...

Harkkk ptuiiikk
Quote orenmango 27-12-2021 08:39 PM
Dah kena refute, dan dan la mengaku tak kutuk

Lain kali nak cakap apa² buat la homework dulu
Quote ketupatnasi 27-12-2021 08:49 PM
Ada je anak askar perangai kalah komunis.
Apa ko igt ko anak askar maka secara genetiknya kau patriotik? Bodo.
Quote Cik_jantung 27-12-2021 09:00 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 06:54 PM
ketupatnasi replied at 27-12-2021 08:49 PM
Ada je anak askar perangai kalah komunis.
Apa ko igt ko anak askar maka secara genetiknya kau patri ...


...........
Quote haruslah 27-12-2021 09:03 PM
Anak malaysia...tp kutuk malaysia...kutuk jakim, bela si sajat....so, x heran la
Iman pun x dapat diwarisi apatah lg ketenteraan
Quote susukambingbest 27-12-2021 09:05 PM
Alahai konon je pun nk mnunjuk dia ank kolonel. Klau xbuat mcm ni org xtau plk dia ank klonel. Sma mcm si pazil dahari tu. Nk org tau la bpk mntua dia pun bks pegwai atm gak. Knon2 dia lbih tau la. Bodo 2 ekor tu
Quote Madel 27-12-2021 09:06 PM
Harith patut tenguk Majalah 3 skrg..
tu kemain ramai abam2 askar turun padang membantu.
Quote Suchi 27-12-2021 09:32 PM
Askar bukan ke patutnya lebih patriotik? Kenapa kawen ngn bangsa asing ya?
Sama mcm yg lagi tinggi vvvvip tu tak paham nak kawen ngn bangsa asing patut korang lebih patriotik dan hanya kawen ngn ummah malaya tulen.
Quote Rogue98 27-12-2021 09:58 PM
Bapak kau tu askar....hero negara...kau tu merempan tak tentu arah pastu menyorok belakang bini...
Quote stingerGV8 27-12-2021 10:08 PM
Rogue98 replied at 27-12-2021 09:58 PM
Bapak kau tu askar....hero negara...kau tu merempan tak tentu arah pastu menyorok belakang bini...

Jantan makan hasil bini keww sekor ini?

Kahkahkahkah
Quote nakkomenjugak 27-12-2021 10:19 PM
Lohhhh anak kolonel
So ngutuk2 member apak sendiri laaa ni???

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.103412 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top