CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Islamik, Qatar Rampas Dan Haramkan Jual Permainan Warna Pelangi

23-12-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4111| Komen: 33

Pihak berkuasa Qatar merampas permainan kanak-kanak yang tidak ‘Islamik’ kerana menampilkan ciri-ciri pelangi menyerupai bendera golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT).


Permainan itu juga bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual, lapor AFP.


Gambar hiasan/Blaze Trends

Kementerian Perdagangan dan Industri menjalankan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan berbeza di seluruh Qatar dan merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.

“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” katanya dalam ciapan Twitter.


Kredit foto: Daily Mail

Qatar menjadi tumpuan dunia sejak terpilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.

November lalu, Persatuan Bola Sepak Inggeris memberi jaminan kepada peminat fahaman lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) bahawa mereka dialu-alukan ke negara itu sempena kejohanan Piala Dunia.

Susulan itu, Qatar dilihat sedikit berlembut dengan pendirian anti LGBTQ dengan memaklumkan bendera pelangi dibenarkan untuk dikibarkan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 23-12-2021 09:44 AM
Tengok betapa jijiknya lgbt sampah merosakkan imej pelangi warna kegemaran kanak2. Bodo betul kaum tersebut
Quote lattehazelnut 23-12-2021 09:56 AM
Tu la kalau beli souvenir keychain ke mug ke apa kne jaga2 kalau ada warna pelangi..
Padahal cute kot..
Quote iman_kasih 23-12-2021 09:57 AM
Sampai mcm ni sekali ke?
Quote missbigrockstar 23-12-2021 09:58 AM
Puak ni merampas warna kegemaran ramai.
Pi lah create logo lain khas utk puak korang.
Sungguh cis sekali
Quote Carcosa 23-12-2021 10:00 AM
Loh. Habis kalau baju bebudak yg ada rainbow tu cemana? [em:9:]
Quote Samerosie 23-12-2021 10:02 AM
Haiyo ini sensory toy for kids pun nak bam ke.  Kalau camtu bam juga lah pelangi after the rain tu.
Quote iman_kasih 23-12-2021 10:06 AM
Carcosa replied at 23-12-2021 10:00 AM
Loh. Habis kalau baju bebudak yg ada rainbow tu cemana? [em:9:]

Buang jgk...hahaha
Adoi la...x boleh brain
Quote Carcosa 23-12-2021 10:09 AM
iman_kasih replied at 23-12-2021 10:06 AM
Buang jgk...hahaha
Adoi la...x boleh brain

Bahaha
Lepas ni dkt sana, nyanyi lagu Somewhere Over The Rainbow jadi Somewhere Over The Building
Quote keane.somewhere 23-12-2021 10:12 AM
Pelangi Cinta
Quote Skuau 23-12-2021 10:16 AM
Nasib baik kita popular di zaman 'DUNIA MASIH AMAN'- A.Ali & John Goh(kump. PELANGI)
Quote mejaputih 23-12-2021 10:17 AM
geram puak2 ni warna2 cantik diambilnya.
Quote iman_kasih 23-12-2021 10:18 AM
Carcosa replied at 23-12-2021 10:09 AM
Bahaha
Lepas ni dkt sana, nyanyi lagu Somewhere Over The Rainbow jadi Somewhere Over The Building  ...

Pun boleh uols
Quote dudaberhias 23-12-2021 10:20 AM
Ermmmm ajaran yang takde kena mengena dengan islam. Warna pun boleh jadi mangsa.

Gegayah pun motippp korang hambikkkk warna pelangi jadi warna flag eee choiii tak pepasal habis warna jadi mangsa...
Quote jfq 23-12-2021 11:03 AM
Abis smua warna dikebasnya
Quote seri_mawr 23-12-2021 12:04 PM
warna pelangi dah la cantik....kurang asam betul la.....amik la kaler lain..usah pelangi...budak2 la suka kaler rainbow...
Quote Orix 23-12-2021 12:09 PM
habistu kalau pelangi muncul selepas hujan pun nak rampas ke

bodoh jah. bila buat mcm ni lagi la mengiyakan n mengiktiraf warna pelangi sbg warna lgbt. patutnya dibiarkan je. tp ereb kan. bila jah ereb x bodoh
Quote kelapaparut 23-12-2021 02:32 PM
permainan budak pun nak sentap, mcm mane budak2 nak bljr warna, tu lgbt punye pasalla dieorg nak pilih warne pelangi, cube dieorg pilih warna hijau saje, kite nak haramkan parti pas kahh..
Quote Aliaskotonggo 23-12-2021 02:57 PM
biar pun tak betul, tapi elok la, apa je kena mengena LGBT baik disangsikan.. agenda depa ni kalau boleh nak dipaksakan ke seluruh alam. kartun budak2 pun dah mula diresapi LGBT pasalnya sekor dua top executive tokey kartun tu kaum lgbt ni
Quote Hazi1975 23-12-2021 03:02 PM
Warna yg paling aku benci sekarang sebab lgbt ni lah hilang zaman gembira kanak2 macam tak de color lain

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.135653 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top