Pihak berkuasa Qatar merampas permainan kanak-kanak yang tidak ‘Islamik’ kerana menampilkan ciri-ciri pelangi menyerupai bendera golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT).
Permainan itu juga bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual, lapor AFP.
 Gambar hiasan/Blaze Trends
Kementerian Perdagangan dan Industri menjalankan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan berbeza di seluruh Qatar dan merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.
“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” katanya dalam ciapan Twitter.
 Kredit foto: Daily Mail
Qatar menjadi tumpuan dunia sejak terpilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.
November lalu, Persatuan Bola Sepak Inggeris memberi jaminan kepada peminat fahaman lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) bahawa mereka dialu-alukan ke negara itu sempena kejohanan Piala Dunia.
Susulan itu, Qatar dilihat sedikit berlembut dengan pendirian anti LGBTQ dengan memaklumkan bendera pelangi dibenarkan untuk dikibarkan.
Sumber: Utusan |