Seorang pekerja di Syarikat Air Minuman (PDAM) Tirta Musi di Palembang, Sumatera Selatan, maut selepas disedut mesin pam air di tebing Sungai Ogan.
Lapor Kompas.com, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 41 tahun sedang memasang mesin pam air milik PDAM di lokasi tersebut. Ayah mangsa, Bahusin, 53, memberitahu ketika kejadian mangsa menyelam menggunakan pemampat oksigen sebelum alat itu terputus yang menyebabkan dia tersedut ke dalam mesin. Bahusin yang khuatir dengan keselamatan anaknya terus menyelam dan terkejut melihat anaknya maut dengan beberapa bahagian tubuh mangsa sudah berkecai.
Bahusin kemudian lantas naik ke permukaan dan meminta pertolongan daripada pekerja lain untuk mencari bahagian tubuh anaknya yang belum ditemukan. “Sebahagian tubuhnya sudah ditemukan, manakala, tangan, kaki dan kepala mangsa belum dijumpai lagi. Harapnya seluruh bahagian tubuh anak saya ditemukan. “Kami sudah melapor kepada pihak polis untuk meminta pertolongan,” katanya. Sumber: Utusan
|
supernaturalee replied at 22-12-2021 03:27 PM
erkkkk
teringat finel destination scene kena sedut dr bontot dlm pool
supernaturalee replied at 22-12-2021 03:27 PM
erkkkk
teringat finel destination scene kena sedut dr bontot dlm pool
Belibis replied at 22-12-2021 04:09 PM
Kaki dvd nihhh
bottombikini replied at 22-12-2021 04:36 PM
yihhh
aku ingat scene ni..berkecai
supernaturalee replied at 22-12-2021 05:22 PM
oghang jawe mana tahan sejukkkk
Belibis replied at 22-12-2021 07:13 PM
Pengaruh pak jabit masih menebal.
ADVERTISEMENT