Insititut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima rawatan kesihatan.
Memetik AWANI, Tun Mahathir dilaporkan dalam kenyataan berkenaan tiba di IJN pada kira-kira jam 7 petang. “Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan memerlukan pemerhatian lanjut. “Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang,” jelas kenyataan itu.
Untuk rekod, beliau diserang sakit jantung pada 1989 dan dua lagi serangan pada 2006. Pada 2007, Ahli Parlimen Langkawi itu menjalani pembedahan pintasan kuadrup. Kesemua rawatan jantung Mahathir dan jangkitan dada seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). Sumber: AWANI
|
tumpanglalu74 replied at 17-12-2021 12:50 AM
Atok wat IJN pon sebab Atok takot ended up macam bapak Bijan kan? Yang orang saspek kene bunoh mase ...
ADVERTISEMENT