Arab Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya, lapor Beritamediacorp.
Inisiatif "Virtual Black Stone" (Hajar Aswad maya), yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24. Inisiatif tersebut dilaporkan dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya.
Sheikh Dr. Abdul Rahman berharap inisiatif tersebut dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar. Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya. Sumber: mStar
|
Acikporemkau replied at 15-12-2021 07:32 PM
Jadi betul la teori markz zaker nk wujudlkan kehidupan maya secara total
Gilaaa ahhhh ..nk beranak k ...
syaz_lina replied at 16-12-2021 10:01 AM
Sedih, mmg kita yg perempuan ni takde chance langsung nak dekat hajar aswad tu. Selamba je yg lelaki ...
ADVERTISEMENT