CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Identiti Anak Untuk Masuk Kolej, Siap Dapat Kekasih Muda Lagi!

10-12-2021 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2323| Komen: 7

Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku salah mencuri identiti anak perempuannya yang sudah lama ditinggalkan untuk mendapatkan pinjaman pelajaran dan mendaftar di kolej, lapor akhbar New York Post.


Laura Oglesby, 48, menyamar sebagai anak perempuannya, Lauren Hays selama lebih dua tahun dalam penipuan yang memperdayakan kerajaan persekutuan dan penduduk bandar kecil,  Mountain View.


Kredit foto: Handout/NYP

Pada 2016, Oglesby memohon kad keselamatan sosial atas nama Hays.

Sejak itu, Oglesby yang ketika itu berusia 43 tahun menggunakan identiti anak perempuannya dengan mengatakan namanya ialah Lauren Hays dan dia berusia 22 tahun.


Dia juga menggoda lelaki berusia usia awal 20-an yang tidak menyedari bahawa Oglesby hampir dua dekad lebih tua daripada usia yang dikatakannya. 

“Semua orang mempercayainya. Dia juga mempunyai teman lelaki yang percaya bahawa dia berusia 22 tahun,” kata Ketua Jabatan Polis Mountain View, Jamie Perkins.

Gambar yang diperoleh daripada stesen berita KY3 Missouri menunjukkan Oglesby mempunyai akaun media sosial Snapchat dan menyamar sebagai Hays dengan menggunakan aplikasi penapis untuk menjadikan wajahnya nampak muda.


Swafoto Oglesby menggunakan filter
Kredit foto: Handout/NYP

Oglesby mendaftar di Universiti Southwest Baptist.

Dia turut memohon pinjaman dan menerima wang berjumlah AS$9,400 (RM39,673) dalam bentuk pinjaman persekutuan dan geran pendidikan berjumlah  AS$5,920 (RM24,985).

Bagaimanapun, selepas lebih dua tahun, penipuan tersebut  akhirnya terbongkar pada Ogos 2018. 

Polis Mountain View telah dihubungi oleh pihak berkuasa di Arkansas yang percaya Oglesby telah melakukan penipuan kewangan dengan menggunakan nama anak perempuannya.

Oglesby berdepan hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja memberikan maklumat palsu kepada Pentadbiran Keselamatan Sosial.

Di bawah syarat perjanjian rayuannya, Oglesby juga mesti membayar AS$17,521 (RM73,949) sebagai ganti rugi kepada Southwest Baptist University di Missouri dan kepada anak perempuannya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-12-2021 11:08 PM
Time muda dulu acik buat apa? Buang tabiat betul ni heheh
Quote Littlerara 11-12-2021 12:19 AM
Lain macam mak dia.
Quote Jitu 11-12-2021 12:57 AM
akhirnya kantoi jugak
Quote caramello 11-12-2021 01:26 AM
Seriusly xdak sapapun yg prasan..hebat btol acik ni..maybe awet muda sgt kot..untung la dia dpt feeling2 muda remaja, masuk unibersiti, bopren pucuk muda..x puas merasai nikmat zaman remaja agaknya dia ni..dh blh buat movie based on true story dh
Quote whimsicalmusic 11-12-2021 08:14 AM
Die actually masuk universiti ke? Or just pakai nama apply loan semua tu je? Mcm x logik org xprasan muka berumur die based on gmbr kt atas..kalo tgk kt snapchat nmpk la muda sbb filter
Quote matbad 12-12-2021 01:59 AM
whimsicalmusic: Die actually masuk universiti  ...

kat sana kn normal 20an nmpk acik2
Quote nononcrux 13-12-2021 11:28 AM
dan anaknya bersekongkol atau tak tahu aktiviti mak dia?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.035138 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top