CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Muka Pecah Pun Boleh Jadi Hero, Sekarang Banyak Muka Jambu Dan Kurang Jantan

8-12-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4323| Komen: 22

Kemunculan hero berwajah ‘jambu’ dan kurang 'jantan' adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang terpengaruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berpendapat ketika ini penonton Malaysia sudah tidak berminat dengan pelakon berwajah sepertinya.


Foto: mStar

"Pada hari ini, wajah-wajah yang berbentuk Korea itu diminati dan fesyen sekarang tak sama macam waktu saya dahulu.

"Zaman dahulu, muka ‘pecah rumah’ macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

"Zaman sekarang orang tak berminat dengan wajah macam saya kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pengaruh Korea," katanya kepada mStar.

Pelakon filem KL Gangster ini ditemui pada majlis pelancaran Program Perintis Usanita - Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid di Dewan Tun Hussein Onn, Dagangan Dunia Putra (WTC) pada Selasa.

Sementara itu, mengulas isu rungutan segelintir pelakon yang menganggap stesen televisyen berlaku tidak adil apabila hanya mengambil hero yang mempunyai 1 juta pengikut Instagram, Rosyam berkata, ia syarat yang diletakkan oleh penyiar Over-The-Top (OTT).


Foto: mStar

Sebaliknya, kata Rosyam stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.

"Ramai yang tersalah tafsir perkara itu termasuk penggiat seni, penerbit dan artis-artis yang menyalahkan stesen TV tempatan.

"Sebenarnya itu adalah permintaan daripada OTT platform seperti Netflix, WeTV, iQIYI kerana pemilik dia duduk di luar negara, mereka tak kenal pun artis Malaysia.

"Kalau staf yang berada di sini nak submit nama artis untuk kelulusan contohnya di China atau Amerika Syarikat, mereka nak tengoklah siapa artis ini... kalau betul artis itu popular paling tidak pun mesti ada satu juta pengikut.

Rosyam berkata, stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.Rosyam berkata, stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.

"Akhirnya apabila perkara ini kecoh sehingga penggiat seni terus menyalahkan stesen TV tempatan tanpa usul periksa.

"Stesen TV tempatan sebenarnya membantu industri, saya sendiri ambil pelakon baru yang followers baru 200 pengikut untuk jadi hero. Saya harap selepas ini kita kaji dahulu apa isu sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam dilantik menjadi duta produk untuk 50 usahawan industri kecil yang dipilih menerusi Program Perintis Usanita - Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB.

"Daripada 500 usahawan, kita akan pilih 50 sahaja yang menepati syarat dan peraturan untuk menggunakan muka saya bagi mempromosikan produk mereka.

"Siapalah saya tanpa peminat-peminat semua yang telah memberi sokongan sehingga ke hari ini.

"Jadi inilah sumbangan saya kepada masyarakat terutama sekali usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-12-2021 03:19 PM
omg thank you dato... tak sangka dato fahami kami yang taste high class masih muda mudi tak perlu titik estee lauder advanced night repair setiap hari ni...

memang yihhh sangat.... tak selera nak nengok hero muka bekerak dengan muka kucing kurap
lepastu yang terbaru ni duda yang terbuang tu pun penuhhh sabut kelapa dekat muka...
penat nak kena kopek mengopekkk nak cari mulut nak comolot... choiii baik aku pi kopek nyiokkk kurang2 boleh perah santan buat nasi lemak... ko ingat hensem kerr?? dah macam rhoper berhala nebuchadnezzar yang kena ukir di gua iraq nun...

sekiannn... memang nak cerca banyak lagi tanpa belas kasihan sebab setiap kali tengok drama tv3 tu rasa nak humban je tv kot tingkap dek permukaan wajah yang boleh buah teh tarik dan tuang dalam cawan.... kalau hensem takpe boleh je maafkan ni dah la tak hensem... berkerak pulak tu...
Quote msel 8-12-2021 03:41 PM
Muka rosham nor xdelah pecah rumah pun. Haha
Tapi pelakon2 yang bising perasan gred A pun xsemua best berlakon, yang syiok sndri pun ada. Muka xhensem xpe tapi jgn nampak busuk. Kalau watak mmg kene jadi busuk lain cerita.
Quote umbut 8-12-2021 04:03 PM
Tapiiii muka tok sham muda2 tastylah jugak
Quote lasagna 8-12-2021 04:07 PM
tapi kan muka yg buruk yg dikatakan mcm pecah ruma tu lah slalunya berbakat kat msia ni. tapi tu laa, sbb dah racun oleh oppa2 tu yg kat msia ni terjebak. biasa laa manusia, nk tgk yg cantik, hensem pejadah semua kan.
Quote ezacbee 8-12-2021 04:19 PM
Skang hero berjambang je
Quote Kurex 8-12-2021 04:28 PM
Kau memang pemalas! Kan ke dah ada cerita sama pasal ni bulan lepas!
Quote DianaSaksen 8-12-2021 04:39 PM
Atuk rosyam handsome lah masa jadi hero drama tv3 dulu2x tu
Hans isaac
Eizlan yusof
Ako mustapha
Quote babelina 8-12-2021 04:57 PM
dia nie muda2 elllloookkkkkkkkkkkkkk
Quote erami96 8-12-2021 09:04 PM
Mane ade herlok mcm Korea Pon hero kite!duk tgk redza,sharnaaz X elok pon pon blh jadi hero tapi okla tak kayu.pstu geng penyanyi Andi,afiq syazwan,naim Daniel,mail zni pon jadi hero walaupon muke sedih.yg hero tua zul rpin,Remy,shahrul,syukri yg elok adela a few mcm Hun ngn bdk2 hero remaja.pstu hero kegemaran Mikel Kamal adli pon dh xberapa nak elok
Quote krustykrab 8-12-2021 09:16 PM
DianaSaksen replied at 8-12-2021 04:39 PM
Atuk rosyam handsome lah masa jadi hero drama tv3 dulu2x tu
Hans isaac
Eizlan yusof

Usop pelam paling tasty masa muda2...skrg pun hensem tp tak tasty dah
Quote Suchi 8-12-2021 09:26 PM
krustykrab replied at 8-12-2021 09:16 PM
Usop pelam paling tasty masa muda2...skrg pun hensem tp tak tasty dah

Usop tu masa muda muka kacak tp muka dia versi kacak yg sesuai jd jahat.
Dan dia mmg selalu jd jahat pun kan.

Quote krustykrab 8-12-2021 09:47 PM
Suchi replied at 8-12-2021 09:26 PM
Usop tu masa muda muka kacak tp muka dia versi kacak yg sesuai jd jahat.
Dan dia mmg selalu jd jah ...

Melati putih..
Dah sedap uhahuhah dgn budak kg, dia tinggal mcm tu je
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 01:50 AM
Cutenya budak nehhhhh

262142294_422440316221021_8383339906520207001_n.jpg
Quote mojarean_X 9-12-2021 07:02 AM
kakikuDibibirmu replied at 9-12-2021 01:50 AM
Cutenya budak nehhhhh

Gambar ni je cute. Buka ig biasa je
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 01:33 PM
mojarean_X replied at 9-12-2021 07:02 AM
Gambar ni je cute. Buka ig biasa je

Khenst? Kuciwa sangat akak, hanya satu jah gambar beliyau yang tasty, yang lelain hazabannar sesangat
Quote doubleharmonic 9-12-2021 02:58 PM
ko tu pon sama yach tak beragak muka jawa tempe nak bubuh nama watak danish bagai?
Quote She-Ra 9-12-2021 04:49 PM
ohh peperiksaannnnnnn

apapun hero pojaanku dulu dan kini adalah "roy roy roy, hati kau keras roy" pejal usin
selain tu hero yg aku rasa ada tarikan nak tgk drama/movie tu adalah bront palarae.. hero lain muka jambu mcm hun tu ok la.. hahahaa
Quote YomiuriLandMae 9-12-2021 10:05 PM
pelawak bole la muka pecah rumah.. tp dkt korea comedian pun muka herlokkk.. ini kau drama akasia anak papa megah holding project juta2 ujung2 hero kepam..
Quote Mary_jane 10-12-2021 10:09 AM
Farid kamil pun still jadi hero kat drama astro, zombie ala2 anti vaksin. Tengok trailer cerita tu kelakar. Cuma nak cakap kenapa fk nampak busuk.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.188551 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top