Seorang pakar bedah di Austria didenda RM12,900 gara-gara tersalah potong kaki pesakit ketika pembedahan.
Memetik New York Post, pesakit warga emas itu pergi ke sebuah klinik di Austria untuk melakukan pembedahan pada kaki kirinya sekitar Mei lalu. Bagaimanapun, malang nasibnya apabila doktor melakukan kecuaian dengan memotong kaki kanannya. Difahamkan, kesilapan itu hanya disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan iaitu ketika pihak hospital menukar pembalut pada kaki pesakit.
Berikutan itu, pesakit kemudian diarahkan untuk memotong anggota badannya yang lain juga. "Punca dan kesilapan perubatan dianalisis secara terperinci. Kami amat terkejut kaki salah seorang pesakit berusia 82 tahun telah dipotong pada 18 Mei walaupun terdapat piawaian jaminan kualiti." Hasil siasatan mendapati doktor terbabit dilaporkan melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit. Doktor itu bagaimanapun mendakwa terdapat isu yang melibatkan arahan semasa pembedahan dijalankan, malah apabila ditanya mengenai kesilapan dalam menanda lampiran, dia hanya menjawab tidak tahu. Difahamkan, doktor terbabit dipindahkan ke hospital lain dan separuh daripada dendanya telah digantung. Menurut sumber, pesakit berkenaan meninggal dunia sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah. Sementara itu, balu pesakit menerima ganti rugi berjumlah RM24,000. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT