"Beragaklah kalau nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak."
Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta tidak menolak sekiranya ditawarkan watak seorang ibu dalam mana-mana naskhah. Dia bagaimanapun merasakan tidak relevan apabila diminta memainkan watak sebagai ibu kepada Remy Ishak. "Sejujurnya, saya okey sahaja membawakan watak ibu, tapi tidaklah sehingga pelakon yang bakal menyandang gelaran anak itu terlalu dewasa sangat. Saya sendiri sering menerima tawaran untuk membawa watak ibu dan hal itu bukan satu perkara besar.
"Saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, Homevest baru-baru ini yang dipetik dari Gempak. Bercerita mengenai rumah baharunya di Petaling Jaya pula, Che Ta mengakui tidak sabar masuk ke kediamannya itu. "Hal mengenai pindah rumah baharu ini telah tertunda berikutan situasi pandemik Covid 19. Sebelum ini juga saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah tidak disiapkan kontraktor yang dilantik. "Bagaimanapun, saya cuba curi masa dan dan mengawasi proses ubah suai selepas melantik kontraktor lain,” ujarnya. Menurut anda, sesuai atau tidak Che Ta menjadi ibu kepada Remy? - CARI
|
esbok replied at 23-11-2021 10:14 AM
rasa mcm ok je. skarang mak2 skarang semua muka muda fit
ADVERTISEMENT