CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah Lama The Rock Pasang Impian Jadi James Bond, Suka Tak Kalau Jadi Realiti?

22-11-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4017| Komen: 31

Pelakon aksi terkenal, Dwayne Johnson mengakui teringin untuk membawakan watak James Bond seperti yang dilakonkan Daniel Craig.

Hasrat Johnson untuk memegang watak sebagai ejen perisik terkemuka itu juga mendapat sokongan padu daripada peminatnya.


Kredit foto: IG The Rock

Ujar Johnson, dia mula menyimpan impian untuk memegang peranan sebagai James Bond ketika masih kecil apabila bapa saudaranya yang juga pelakon Peter Maivia pernah terlibat dengan salah sebuah siri James Bond, You Only Live Twice yang ditayangkan pada 1967.

“Bapa saudara saya (Maivia) memegang watak jahat. Ketika itu, peranan James Bond dimainkan pelakon Sean Connery.


“Sejak dari situ saya berharap dapat memainkan watak James Bond suatu hari nanti,” dedahnya.


Kredit foto: IG The Rock

Buat masa ini, Johnson seperti terpaksa bersaing dengan seorang lagi pelakon iaitu Henry Cavill yang disebut-sebut bakal memegang watak James Bond untuk musim yang akan datang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-11-2021 02:30 PM
badan kau cm raksasa ada hati nak jd james bond, jadi jebon boleh lah
Quote tipah89 22-11-2021 03:20 PM
henry cavill better kot dari mamat ni. dia ni bawak watak lasak2 boleh lah tapi mcm xcukup wangi la nak amek watak james bond.
Quote musangbodoh 22-11-2021 03:39 PM
red notice best...mesti ade part 2...opppp
Quote taji2906 22-11-2021 04:02 PM
klu boleh aku nk black bond plak. idris elba jd james bond.
Quote She-Ra 22-11-2021 04:12 PM
tak sesuai walaupun bdn dia tagap gitu
kena cari org mcm mel gibson versi muda, tom cruise, keanu reeves, jason statham versi berambut
Quote potsshine 22-11-2021 04:58 PM
errrr...tak sesuwei la the rockkk oiiii...parodi jebon mungkin boleh hahhahahahha
Quote Begbiru 22-11-2021 06:20 PM
bukan ke criteria utama watak james bond ni kena British actor?
sbb tu naik nama Idris Elba
pastu ada pulak issue konon tak nak colored actor to be james bond
Quote kotakominami 22-11-2021 08:07 PM
Tak suka...muka dia bersepah tiap taun belakon.tak exclusive...saye nak loki jd bond.
Quote apedehal 22-11-2021 08:31 PM
Best nya kalau jamu mata abam loki jd bond [em:17:]
Quote qiqi 22-11-2021 08:51 PM
Begbiru replied at 22-11-2021 06:20 PM
bukan ke criteria utama watak james bond ni kena British actor?
sbb tu naik nama Idris Elba
pastu a ...

Aku nk sgt rege-jean page jadi next bond ganti daniel craig..tp agak tipis jugaklah sbb dia black man
Quote SedihPedih 23-11-2021 12:09 PM
nah...... xyah la..nextt
Quote blakerainer 23-11-2021 06:44 PM
My vote for Henry Cavill la. Heols pon dh kertu skrg. Dulu kena reject sebab too young katanya.
Quote wtvmjls 23-11-2021 07:32 PM
Dah start bosan tengok dia ni berlakon.. but YES for idris elba
Quote Lagubestbest 23-11-2021 08:10 PM
opportunist betul ar mamat ni, tau ar rajin keje pun.. tapi jgnla sebat tak mikir orang. Fast n Furious dulu bermasalah jap sebab mamat ni ar. Nak ride nama franchise buat filem atas title sendiri sampai curi jadual filem asal.
Quote Begbiru 24-11-2021 04:02 PM
qiqi replied at 22-11-2021 08:51 PM
Aku nk sgt rege-jean page jadi next bond ganti daniel craig..tp agak tipis jugaklah sbb dia black  ...

kalau rege-jean mmg tak sabar nak tunggu james bond...idris elba pun
Quote Belibis 24-11-2021 09:39 PM
musangbodoh replied at 22-11-2021 03:39 PM
red notice best...mesti ade part 2...opppp

Yaaa..plot twist berpusing2..layannn
Quote shida81 24-11-2021 10:27 PM
X sesuai...
Quote lasagna 26-11-2021 09:24 AM
walaupun iols ske bebenor dgn the rock, tapi utk watak james bond mmg tak seswai laaa unless bwk watak jahat boleh laa. pastu JB kena org English.. heols ni Americano so cammmm nyehhhhh
Quote AnnaSendin 27-11-2021 02:46 AM
Tak seshwai. Dah lah muka jawa, badan besar naw sebab baka samoa dan telan steroid. James Bond haruslah seorang kokesen yang pendiam, ada ciri penggoda, badan macam paskal.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top