CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup Balik Lepas Semalaman Dalam Peti Simpan Mayat

22-11-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2615| Komen: 7

Seorang lelaki terbabit kemalangan jalan raya dan sudah disahkan meninggal dunia rupanya masih hidup selepas semalaman dimasukkan ke dalam bilik mayat.


Srikesh Kumar, 45, dibawa ke sebuah klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar motosikal di Moradabad di timur News Delhi.

Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik tersebut dan ‘mayatnya’ dipindahkan ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat.


Kredit foto: Daily Mail

Polis dimaklumkan, mayat Kumar disimpan di dalam peti di bilik mayat sehingga keluarganya tiba di hospital berkenaan enam jam kemudian.


Jurucakap hospital, Dr Shiv Singh berkata, pegawai perubatan sudah beberapa kali memeriksa Kumar dan mengesahkan dia memang sudah meninggal dunia kerana tiada degupan jantung.

Namun, apabila pasukan polis dan keluarganya datang ke bilik mayat untuk mengenal pasti identiti dan menandatangani dokumen bedah siasat, Kumar didapati masih hidup.

Keadaan itu disedari kakak ipar Kumar dan dia terus memaklumkan kepada doktor.

“Dia belum mati. Bagaimana ini boleh berlaku? Tidakkah anda nampak dia masih hidup dan bernafas? Soal kakak iparnya.

Singh menyifatkan insiden itu ‘sangat jarang berlaku’ dan meminta pihak berkaitan melakukan siasatan untuk mengenal pasti perkara sebenar.

Sementara itu, keadaan Kumar masih kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di Meerut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-11-2021 12:16 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 22-11-2021 12:23 PM

Mayat:

images.jpg

074891700_1566530242-pcg_3.jpg
Quote Jitu 22-11-2021 06:35 PM

tak seram pun
cer edit sikit bt mata merah pastu gigi taring dgn darah penuh kat mulut

Quote stingerpremier 22-11-2021 06:39 PM
Jitu replied at 22-11-2021 06:35 PM
tak seram pun
cer edit sikit bt mata merah pastu gigi taring dgn darah penuh kat mulut

Kalau gigi spesis greentea yg jongang dan bibir sumbing pun ok...boleh jadi bahan maharajalawak

Kahkahkahkah
Quote tobobon 22-11-2021 06:51 PM
Edited by tobobon at 22-11-2021 07:35 PM

Syukur hidup semula

Quote tobobon 22-11-2021 07:36 PM
Semoga dpt memulakan hidup baru
Quote Belibis 22-11-2021 07:54 PM
Konfiden la deme dengan teori kelahiran semula..
Quote FOTHER-MUCKER 22-11-2021 09:09 PM
Disimpan temp Sejuk beku di bilik mayat masih boleh hidup lagi?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050999 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top